CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 204|Reply: 0

[Selangor] Aidiladha: Penjawat awam di Selangor dapat cuti tambahan pada 30 Jun

[Copy link]
Post time 28-6-2023 10:55 AM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Shah Alam: Kerajaan negeri Selangor bersetuju memberikan satu hari cuti tambahan kepada penjawat awam di negeri ini sempena sambutan Aidiladha.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Haris Kasim berkata, keputusan itu dibuat berikutan pengisytiharan tarikh Hari Raya Aidiladha yang jatuh pada hari Khamis 29 Jun bersamaan 10 Zulhijjah 1444H.

"Pentadbiran kerajaan negeri Selangor bersetuju untuk memberikan kemudahan cuti tambahan pada Jumaat, 30 Jun kepada penjawat awam di bawah pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

"Kemudahan cuti tambahan ini selaras dengan Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369)," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kemudahan cuti tambahan ini adalah khusus kepada semua penjawat awam di jabatan dan agensi kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan negeri sahaja.

"Bagaimanapun, Badan Berkanun, anak syarikat kerajaan Negeri dan pihak swasta adalah tidak tertakluk kepada arahan ini dan terpulang kepada majikan masing-masing selaras dengan Akta Kerja 1955 ( Akta 265).

"Pentadbiran kerajaan negeri Selangor juga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua penjawat awam dan rakyat negeri Selangor," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ambahan-pada-30-jun
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 03:02 AM GMT+8 , Processed in 0.063970 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list