CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 3435|Reply: 69

Dikurung Dalam Bilik Jeriji Besi- Murid Memang Terlampau Nakal, Suka Londeh Seluar Kawan

[Copy link]
Post time 28-6-2023 04:30 PM | Show all posts |Read mode
Media sosial gempar dengan isu seorang murid darjah satu didakwa dikurung di dalam sebuah bilik berpagar besi yang kelihatan seperti penjara.


Tindakan salah seorang guru di sebuah sekolah rendah di Rembau, Negeri Sembilan itu membangkitkan rasa tidak puas hati ibu bapa murid terbabit.








Malah, ia turut menggemparkan orang ramai susulan penularan tangkap layar perbualan dalam grup WhatsApp kelas dipercayai antara guru dan ibu bapa serta penjaga murid-murid kelas tersebut.


Ini termasuk beberapa foto bilik berjeriji besi yang didakwa dijadikan tempat pengasingan murid malang itu.


Susulan insiden yang tular, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) tampil memberi penjelasan selepas satu perbincangan diadakan bersama ibu bapa murid berkenaan pada petang Selasa.





Mengesahkan kejadian berlaku sebagaimana yang didakwa, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Rembau, Zamani Disimsalam berkata, 'hukuman' pengasingan itu diambil pihak sekolah selepas murid berkenaan mengulangi kesalahan mengganggu rakan-rakannya meskipun sudah diberikan peringatan.


"Kami dapat makluman bahawa murid ini memang nakal. Dia suka melondehkan seluar murid-murid lain. Malah ibu bapanya turut akui anak mereka memang nakal.


"Guru kelas dah banyak kali beri peringatan kepada murid tersebut supaya tidak berbuat demikian.


"Malah, pihak sekolah juga memberi peringatan sewaktu perhimpunan pagi 26 Jun (Isnin) memaklumkan kepada semua murid mengenai kesalahan itu," katanya ketika dihubungi mStar pada Rabu.


Bagaimana kata Zamani, murid berkenaan masih melakukan kesalahan tersebut sehingga guru kelas terpaksa membuat aduan kepada guru penolong kanan hal ehwal murid (HEM).


"Saya difahamkan murid itu diberi peringatan sebanyak dua kali. Dia dimasukkan ke dalam bilik pagar besi selepas kesalahan yang sama berulang kali," ujarnya.


Mengenai bilik pagar besi tersebut, dia menjelaskan bahawa ia sebenarnya merupakan bilik pameran kempen anti dadah yang juga merupakan simulasi untuk meningkatkan kesedaran murid-murid supaya tidak terjebak dalam kancah najis dadah.


Ditanya mengenai kotak elektrik di bilik tersebut yang boleh mengundang bahaya, Zamani berkata, murid tersebut di bawah pengawasan guru penolong kanan HEM.


"Murid itu tidak ditinggalkan keseorangan, dan dia hanya berada di dalam bilik tersebut yang bukan dikunci pun, dan dia hanya berada dalam tu selama 10 minit untuk memberi kesedaran kepadanya.


"Sepanjang dia berada di bilik tersebut, ada guru penolong kanan HEM yang mengawasinya," katanya.


Menurut Zamani, selepas mengadakan perbincangan dan penjelasan bersama, ibu bapa murid berkenaan tidak bercadang untuk mengambil tindakan terhadap guru yang didakwa.


"Mereka tak kisah anak dirotan sebab nakal, tapi pihak sekolah pula tidak boleh sewenang-wenangnya merotan. Jadi, cara lain digunakan untuk memberi kesedaran dan menginsafkan.


"Isu tersebut selesai. Murid itu pun okay dan tetap datang ke sekolah seperti biasa," katanya mengenai perbincangan yang berlangsung selama kira-kira 45 minit itu. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2023 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian cikgu.
Hukum salah.
Xhukum salah.
MakAyah tetap nk menang.
Ank nakal ada masalah displin blakang kira.
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2023 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
DNA rempit trun tmurun dr mak bapak. Hrp kwn2 budk yg dah dilondehkn sluar gtau mak bapak msing2, n mak bapak msing2 blh bash parent rempit tu bramai2 kt grup. Skian iol mluat dgn parent rempit hanat tu
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2023 04:47 PM | Show all posts
netizenya mind set asal kena buli je

kesian salahkan pembuli

wahal yg kena buli tu yg buat hal

contoh curi, kes raba, lagak samseng dll

Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2023 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Memandangkan murid tersebut suka londeh seluar murid lain
Maka dengan itu
Macik bersetuju dengan tindakan guru terbabit

Lain macam fetish dia
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2023 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
she replied at 28-6-2023 04:48 PM
Memandangkan murid tersebut suka londeh seluar murid lain
Maka dengan itu
Macik bersetuju dengan tin ...

Hahaha... Kan, bahaya dia punya fetish. Darjah 1 londehkan seluar kawan, tingkatan 5 nanti londehkan apa pulak. Haish, tak tergamak nak fikir.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-6-2023 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak bapak tak nak ambik tindakan sebab takut parents lain pulak ambik tindakan terhadap mereka. Kekadang kita perlukan cikgu yang sanggup bela murid2 lain ni sehingga bakal menjejaskan periuk nasi sendiri. Bayangkan kalau cikgu buat tak tahu, apa nasib budak2 lain nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2023 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasib baik kain cikgu dia tak selak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2023 05:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau bapak aku dulu2 aku buat camni mmg Cari nahas kena ikat kat pokok....
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2023 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Kecik2 dah berperangai hodoh yachh londeh seluar orang serupa sexual harassment. Kat rumah parent tuh tak reti ajor anak ker ikat kat pokok kerengga bior melalak padan muka berperangai hodoh pedajal orang lain
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2023 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Kawan @Bipolajourney ke ni suka main londeh2. Yg sorg londeh seluar kawan. Yg lagi sorg londeh aib sendiri dlm porum. Kena sgt

Cc @dudaberhias


Pitnah juga kewwww???? Tanya jeeeewwww

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2023 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Thunderclouds replied at 28-6-2023 04:43 PM
Kesian cikgu.
Hukum salah.
Xhukum salah.

xde pung mak,bapak dia merempan..yg aku baca depa pung akui ank drng memang nakal....
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2023 05:15 PM | Show all posts
Cer tanya kat mana dia belajar londeh2 tu?
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2023 05:18 PM | Show all posts
_blackbird replied at 28-6-2023 05:13 PM
Kawan @Bipolajourney ke ni suka main londeh2. Yg sorg londeh seluar kawan. Yg lagi sorg londeh aib s ...

ya ampunnn entah2 budak tu memang jelmaan @Bipolajourney kan dia boleh jadi apa sahaja watak macam makhluk halus...kejap jadi acik kaya shopping 5k sehari... kejap pengasuh yang di bayar bulanan rm300... kejap kerja legal firm...
now dah menjelma sebagai budak duk melondeh2 seluar kawan...
lepasni menjela sebagai dian erysha ellina sarkono majapahit nyi roro kidul...






Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2023 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg ada anak2 nakal nauzubillah. Apa2 cikgu kena discuss dgn parents dulu tindakan apa nak ambil. Parents setuju baru proceed. Kalau parents tak setuju, suruh je pindah sekolah lain. Atau ajar sndr la. Sekolah anak aku ada budak2 nakal duk jirus air dkt beg2. Cikgu tgh dok cari sapa buat. Sabar je la. Dulu2 ada sorg classmate aku pun nakal gila nak mamp. Sampai pernah kena rotan depan perhimpunan etc. skrg jd bomba ko
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2023 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
dia belajar kat rumah la tu mak pak suka main londeh seluar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2023 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Kelas kafa anak meols ada sorg bdk ni suka tarik burung kwn2 dia. Selama dia buat tu xde sapa balas..cuma mangsa tu marah je. Ada satu hari, budak ni tarik burung kwn yg lain. Sekali mangsa ni pi balas balik buat benda yg sama. Kebetulan tak pakai spender...hahah meraung gila la bdk tu. Lepas tu habis la riwayat hobi si penarik kwn2 burung tu.
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2023 05:38 PM | Show all posts
neh mesti dia dok tgk mak dia dok londeh seluaq pak dia kat umah makpak dia buat2 inesen konon
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2023 05:41 PM | Show all posts
kan.. boleh agak dah cam mana punya nirrojim perangai budak ni..
kat thread satu lagi kemahen semua mengata cikgu
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2023 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
makita: Kelas kafa anak meols ada sorg ...


Ada 1 lagi peel budak sekarang. Pegang telo kawan. Kecik2 dah pandai buat gini. Sampai aku geram aku tanya telo ko ada brapa sibuk nak cek orang punya? Tanpa rasa besalah dia jawab ada dua [em:12:]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 07:39 AM GMT+8 , Processed in 0.066101 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list