CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7277|Reply: 227

"Dah Tahu Miskin Kenapa Buat Anak? Kita Bukan Hidup Zaman Boleh Perah T*tek Lembu Belakang Rumah"

[Copy link]
Post time 28-6-2023 04:37 PM | Show all posts |Read mode
Sesetengah orang menganggap anak sebagai pembawa rezeki, makin ramai anak makin banyak rezeki.


Namun seornag wanita terkejut apabila terdapat beberapa ibu yang baru sahaja melahirkan anak kedua dan ketiga menjadi ‘pengemis’ di media sosial.


Gambar Hiasan




“Pagi-pagi buka Facebook nampak posting mak-mak yang baru lahirkan anak nombor 2, 3 ke atas minta bantuan basic item bayi seperti susu, lampin, cadar dan lain-lain.


“I tertanya-tanya, kalau tiada kemampuan dari segi ekonomi untuk menyara lebih daripada seorang anak atau jumlah yang sedia ada, kenapa buat anak baharu?” ajunya sambil mengakui persoalan tersebut agak 'kurang ajar' bunyinya.


Mengakui kehidupan setiap individu diuji dengan cara berbeza, dia bagaimanapun meminta supaya warga maya tidak mengaitkan persoalannya itu dengan konsep bersedekah.


Mana tidaknya, dengan situasi ekonomi masa kini dan kos sara hidup yang semakin meningkat, pastinya sukar untuk mereka yang berpendapatan rendah menjalani kehidupan dengan baik.


Tambahan pula dengan pelbagai komitmen yang sedia ada dan perbelanjaan untuk keperluan harian yang hanya sekadar mencukupi.


“Kita bukan hidup zaman kalau nak susu boleh pergi belakang rumah perah daripada t*t*k lembu.


“Mengurus zuriat tambahan yang nak tambah anak perlu perancangan... cash flow, masa dan lain-lain.


“Ada rumah (masih dalam hutang) dan kereta (masih dalam hutang) bukan indikator kemampuan kerana hakikat setiap perancangan keluarga need a cashflow,” jelasnya.


Tidak dinafikan, aliran wang tunai perlu ada bagi memastikan kelangsungan hidup selain membantu urusan ketika kecemasan berlaku.


Malah, kos untuk menyediakan keperluan bayi seperti susu dan lampin pakai buang bukanlah murah malah ia merupakan komitmen bulanan sesebuah keluarga.


“Jika tak mampu mengadakan supply susu, lampin, makanan dan keperluan anak... by all mean pastikan mampu spend RM10 beli kondom.


“At least there is 97 percent chances anda boleh merancang kehamilan,” katanya lagi.


Dengan penggunaan kondom, kehamilan yang tidak dirancang dapat dielakkan dan pada masa sama dapat menstabilkan


“Apabila dah stabil... rancang kembali untuk tambah anak. Ini kalau dalam masa kurang satu tahun dari tempoh dapat anak dah sesak dan ada case minta ISO ada tu baru nak due date sudah masuk level sangat terdesak.


“Highly chance, 10 bulan lepas masa berjimak cuma fikir sedap. Jangan put high expectation seolah-olah macam kes dalam rancangan BersamaMu bahawa pasti akan ada datang membantu.


“Be realistic, zakat, NGO pun memberi keutamaan kes berat seperti lumpuh kemalangan, balu kematian suami, terlantar dan sebagainya,” ujarnya.


Kalau datang kes yang tahap ekonomi ‘paras tengkuk’ kemudian ada anak baru lahir, pihak berkaitan pun geleng kepala.


Warga maya juga berdebat dan menzahirkan pandangan masing-masing berhubung isu ini.


“Awak belum pernah diuji susah atau gagal dalam perancangan... Perancangan Allah jauh lebih baik daripada perancangan manusia.


“Memang kurang ajar pun... kalau tak mahu sedekah jangan cakap macam tu, banyak lagi orang boleh sedekah bagi macam-macam. Orang sombong bongkak macam kau yang bercakap macam tu... anak-anak rezeki Allah.


“Itulah guna orang-orang kaya bersedekah. Dalam rezeki kita ada rezeki mereka... berapa ramai orang yang dah mati nak hidup hanya untuk bersedekah,” ujar beberapa warga maya.


Bagaimanapun, tidak kurang juga yang menyokong dan bersetuju dengan pandangan wanita terbabit kerana menganggap anak sebagai amanah yang perlu dijaga sebaiknya.


“Setuju dengan pendapat puan ini. Betullah anak itu rezeki dan amanah yang diberi oleh Allah... namun kalau tak ada perancangan dari pelbagai aspek, tak guna juga.


“Saya bersetuju dengan post ini sebab tanggungjawab ibu bapa bukan setakat melahirkan anak tapi juga memberi tempat tinggal yang selesa dan makan minum yang cukup serta pakaian.


“Untuk diri sendiri juga... bukan tolak rezeki tapi nak yang terbaik untuk anak-anak yang ada sekarang,” tambah beberapa pelayar lagi. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2023 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannye..  Pompuan zaman sekarang sebijik macam kucen betine.  Bunten sorang2 beranak sorang2..
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2023 04:50 PM | Show all posts
B40=iQ rendah

tapi nafsu sex dan makan. serta joli duit sedekah tinggi melangit
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2023 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Dorg yg nk anak. Org yg membiak lps tu meminta sedekah utk org bagi makan pakai dorg. Pfffttttt....
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2023 04:55 PM | Show all posts
aku penah je tegur2 manusia2 suka beranak tpi mengemis tu. tpi akan ada pembackup punya. kononnya aku tk behati perut dgn masalah org...dah tahu susah napelah kau pg beranak. serious tk faham. nk mkn pun berkais inikan pulak nk suap mulut yg lain jugak. yg laki entah kemana. biasa yg mengemis ni perempuan jer.
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2023 05:03 PM | Show all posts
jgn percaya sgt yg meminta2 kat fb tu
iolz dah terkena
ada sorang ppuan sabahan ni
dia buh gambar anak kecik duk ICU berselirat segala wire
mintak sedekah dlm group2 kat fb
buh no. akaun segala akaun yg ada
org transfer puluh ribu sbb kesian
sekali menipu je. tu gambar masa anak dia baru dilahirkan
ada problem jaundice teruk
masa dia mintak2 sedekah tu anak dia dah besar
kantoi pun pasal masa live dia laki bini hidu gam
merepek meraban mcm org gila tgh high
masa tu baru la org nk korek fb dia
dia dah guna gambar anak dia masa baby tu
utk mintak sedekah 2-3 tahun sebelum tu lg
banyak syiok hari2 melantak gam hasil sedekah rakyat malaysia
tah2 IC pun beli, dasar2 tenuk punya manusia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-6-2023 05:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Pastu sindir2 orang takde anak. Dia beranak banyak tapi mintak sedekah kat adik bradik sedara mara kawan2 orang luar. Puih
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2023 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap2 ramai lah org beranak bersusun paku tp tak malu brengsek asyik minta duit orang neh baca
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2023 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
IzzahF replied at 28-6-2023 05:03 PM
jgn percaya sgt yg meminta2 kat fb tu
iolz dah terkena
ada sorang ppuan sabahan ni

Pergh siap buat beli gam
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2023 05:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau betul2 pedalaman aku tau la. Tp kalau ddk bandar atau tmpt ada internet, tp xblh kawal pregnancy ni mmg bodoh la. Kondom free kot blh mintak je dkt lppkn
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2023 05:40 PM | Show all posts
TOPwind replied at 28-6-2023 04:50 PM
B40=iQ rendah

tapi nafsu sex dan makan. serta joli duit sedekah tinggi melangit

Realiti seperti itu
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2023 05:58 PM | Show all posts
IzzahF replied at 28-6-2023 05:03 PM
jgn percaya sgt yg meminta2 kat fb tu
iolz dah terkena
ada sorang ppuan sabahan ni

Usually cerita lebih kurang..betapa seksanya hidup..mak ayah xde, xboleh kerja sbb sakit, suami jahat, mentua dr neraka, terpaksa bagi anak minum air sirap, tp anak2 konfem ramai...then netizen pun komen sila PM sbb simpati...konon nk sedekah duit..hit a jackpot la scammer tu


Iols mmg x percaya cerita2 mcm ni..trying hard sgt..post kat socmed boleh, tanya nombor fon zakat/ngo x reti pulak..like hidup dlm hutan ka x boleh lari dr situasi tu atau mintak bantuan zakat/ngo...of course takut kantoi kalau apply sbb zakat akan check the truth sblm approve kan

Kalau ada yg meminta2 tu, iols suruh apply zakat...kat situ iols dah bagi duit utk bantu org



Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2023 08:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmg ramai.
Kt tiktok sehari bole tgok Kadang2 lebih dr 3 post mintak bNtuan basic.
Ntahla.
Kate lbih2 nti ckp rezeki.

Dh klo nk mkn pn xde
Tu pn rezeki
Bala dah jadinye
Kesian ank2 xdpt keperluan yg septt  nye
Jgn la asek meminta2
Usaha la
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2023 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by namr at 29-6-2023 08:45 AM

b40 beranak mcm tikus
WEF psychopaths :

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2023 08:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Xda anak lg tp nk minta bantuan boleh?? Saje2 gtuuu haa…
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2023 08:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Org dulu2 zaman mak ayah kita pun susah jgk. Lg susah Dr org susah zaman skrg ni. Zaman skrg ko susah mcm2 bantuan Dr kerajaan. Dulu2 ko susah mana da kerajaan bantu.

Tp zaman skrg zaman materialistic. Ko susah x makan ko punya psl lah. Not my problem.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2023 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Paling helok 2 anak ja sekarang. Paling ramai pun 3.

Nak buat rumah ka beli rumah pun senang takyah buat banyak2 bilik.

Btw,

kengkadang aku kesian gak B40 ni netizens kecam dengan teruk. Weols pun ramai ja mak pak asal B40 kan. Bila dah masuk second or third generation baru merasa jadik M40 or T20. So mudah2an B40 yang reti berfikir tu, anak2 diberkati la dengan otak yang baik supaya bila hads edukesyen, boleh upgrade life sendiri, life family.

Yang tak sadar diri beranak macam tikus macam pilak2 Sabah yang kasik penuh hospital gomen di KK, di bahagian bandar pantai barat Sabah dan pantai timur Sabah, aiols punya sentimen sama macam korang.
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2023 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
B40 ke asnaf je Yg bermaruah susah mcm mana sekalipun dia akan berikhtiar sendiri utk kelansungan hidup. Hidup mmg susah tak leh nak jangka. Yg mudah2 meminta ni selalunya mmg jenis tak mo buat apa2 nak cara mudah je. Jenis gini selalunya mudah dpt bantuan zakat dgn JKM. So apsal tak apply dkt sana je dr meminta sana sini. Ke dah dpt cuma nak tambah income
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2023 11:11 AM | Show all posts
nak beranak ramai tapi tak ada kemampuan baiayai keperluan anak adalah problem.

kalau dah set otak nak beranak ramai tapi dah rancang pula untuk besarkan mereka dengan sedekah orang ramai dan bantuan kerajaan atau bdan2 lain...


maka orang yang berfikiran biasa tak sangup buat begini sebab pemikiran dah set kena berusaha dan bajet untuk keperluan keluarga

.. tetapi orang yg ada mentaliti nak orang bersedekah dengan dia supaya dia boleh beranak ramai maka ... i don't know what to say barangkali mereka tak ada malu dan tak ada masalah dengan fikiran spt itu sbb itu, itu normal katanya

.. tp yang pasti masyarakat pun ada limit nak tanggung orang yang nak beranak ramai dan tanggung mereka dengan sedekah... klu dah ramai sangat, masyaraakt pun tak mampu tanggung dan sampai masa barangkali mereka akan dibenci




Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2023 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Jgn la percaya 'pengemis2' tu.. ramai scammer sampaikan tatau mana betui.. kalau dah bayaq cukai +/- zakat, kira dah terlepaih tanggungjawab.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 07:42 AM GMT+8 , Processed in 0.170683 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list