View: 1666|Reply: 21
|
Tragedi Balik Raya, Kereta Dinaiki Tiba-Tiba Terbakar! Nasib Baik Isteri Sempat Keluar
[Copy link]
|
|
Duka dalam suka suami isteri mahu pulang beraya di kampung halaman sempena sambutan Aidiladha, apabila Nissan Latio dinaiki mereka tiba-tiba terbakar.
Mahu dikenali sebagai Sham, 26, katanya kejadian berlaku pada Rabu malam ketika dia dan isterinya, Norzuliana, berhenti seketika di sebuah restoran untuk membeli makanan.
mStar
"Ketika itu sekitar pukul 10.15 malam. Kami berdua dari Bandar Penawar menuju ke kampung di Pontian, Johor. Dalam perjalanan, kami berhenti untuk membeli makanan dekat Pasir Gudang.
"Saya turun sementara isteri menunggu dalam kereta. Tak sampai 10 minit dekat kedai, isteri call beritahu kereta terbakar. Saya ingatkan kereta orang lain tapi tetap berlari menuju ke tempat parkir.
"Terkejut bila tengok kereta sendiri sedang terbakar. Orang yang ada dekat situ pun bantu saya padamkan api dengan alat pemadam api (fire extinguisher).
"Saya dah tembak tiga alat pemadam api tapi tak berhasil... akhirnya reda tengok kereta sendiri terbakar depan mata. Memang tak boleh buat apa-apa," ujarnya kepada mStar.
mStar
Meskipun sedih kereta yang digunakan selama tiga tahun itu terbakar sekelip mata, namun Sham bersyukur isterinya sempat menyelamatkan diri.
"Isteri tengah tengok telefon bimbit sementara tunggu saya beli makanan. Tiba-tiba alarm berbunyi dan dia nampak api di bahagian enjin.
"Tak fikir panjang, dia terus keluar kereta. Mujur isteri pantas bertindak sebab bila api dah marak, kereta itu auto-lock. Tak boleh bayangkan kalau dia lambat sedikit.
"Saya nak selamatkan beg baju yang ada baju raya dan barang-barang pun tak boleh sebab kereta terkunci," ujarnya lagi.
Sham berkata, pihak bomba tiba di lokasi kejadian tidak lama kemudian dan dia bersama isteri dijemput saudara mara untuk meneruskan perjalanan ke kampung.
mStar
"Sekarang ini pihak bomba sedang jalankan siasatan. Namun menurut siasatan awal, berkemungkinan punca kebakaran adalah kerana fius atau litar pintas pendawaian.
"Selepas pihak bomba selesai dengan siasatan, saya perlu buat laporan kepada pihak polis pula.
"Buat masa ini, kami gunakan motosikal sahaja untuk bergerak selepas satu-satunya kereta yang ada dah rentung. Saya anggap ini dugaan buat kami. Mungkin ada rezeki lain yang lebih baik selepas ini.
"Saya bersyukur nyawa kami masih dipanjangkan. Tak dapat bayangkan kalau ia terbakar ketika kami sedang memandu di atas jalan raya," ujarnya lagi.
Sham dalam pada itu menambah, perkongsian yang dibuat di media sosial mengenai kejadian yang menimpanya dan isteri antara lain bertujuan untuk memberi peringatan kepada orang lain agar lebih berwaspada terutama apabila mahu membuat perjalanan yang jauh.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Nauzubillah..semoga bertabah. |
|
|
|
|
|
|
|
dugaan, syukur tiada kemalangan nyawa... |
|
|
|
|
|
|
|
Kereta2 buruk ni, bila dah cecah 10-15 tahun.. kena laaa check wiring & grounding kot ada exposed cable touching body.... |
|
|
|
|
|
|
|
mujur laa isteri tu sempat keluar.
scarynya...insurans cover tak kalau jadi gini? |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib bukan tengah tido. Sempat capai handbeg x? |
|
|
|
|
|
|
|
ni bukan pasal kereta buruk.. belah2 pontian, pasir gudang ni dak dak melayu kat sana ada 1 peel "duit takdak tapi nak ada gaya mcm subang jaya" so solutionnya beli kereta potong import. stakat bmw, evo, subaru boleh beli bawah 20k je pon. janji kereta import
|
|
|
|
|
|
|
|
Nasib baik bini sempat kluaq..
Keta nissan latio ada kaler kunen yachh? |
|
|
|
|
|
|
|
Syukurlah xde siapa yang cedera atau mati. Nanti bolehlah beli kereta baru yang lain. |
|
|
|
|
|
|
|
_blackbird replied at 30-6-2023 01:34 PM
ni bukan pasal kereta buruk.. belah2 pontian, pasir gudang ni dak dak melayu kat sana ada 1 peel " ...
Setuju sangat dengan hang
Gaya mesti lebih punya
Kenalan aku seorang polis dan seorang pegawai gomen yang kedua-duanya berasal dari Senggarang, Johor yang mana depa berdua ni kata bukan taste depa dengan kereta tempatan coz kereta import lagi ada class so depa lebih suka beli kereta import terpakai
Bengap sungguh mamat 2 ekoq tu, yang kereta import yang depa pakai tu high maintenance
Gaji seciput tapi hati besar nak bergaya mengalahkan orang yang bergaji berbelas ribu |
|
|
|
|
|
|
|
pu3_rania replied at 30-6-2023 06:52 AM
Setuju sangat dengan hang
Gaya mesti lebih punya
Kenalan aku seorang polis dan seorang pegawai gom ...
Yg penting ada gaya subang jaya, hari hari.. hari raya... gituhhhhh... hihihihi |
|
|
|
|
|
|
|
innalillahwainnalillahirojiun.. semoga Allah menggantikan dgn sesuatu yg lebih baik utk mereka |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib sempat keluar. Xleh bayang kalu duk dlm pintu da auto lock. |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa mesti ada tambah apa2 ni
klu setakat wiring standard tak ubah apa2 mesti fuse akan putuskan circuit mana2 wire yg short |
|
|
|
|
|
|
|
bkn buruk la acik tp kereta lama dan lama tak semestinya buruk
|
|
|
|
|
|
|
|
_blackbird replied at 30-6-2023 01:34 PM
ni bukan pasal kereta buruk.. belah2 pontian, pasir gudang ni dak dak melayu kat sana ada 1 peel " ...
Kereta potong ni cmana kaka? |
|
|
|
|
|
|
|
Biasa audio wayar berserabut bwh karpet kete..tak kire kereta baru ke lama..mmg bahaya kalu tak jaga..wayar 14v tu.. ko main bateri 1.5v pun bole spark..apetah lagi voltan tinggi
Kalu nak kata kete lama senang terbakar..tk tentu juge .sbb klu kete xde mod apa2..guna standard je mesti jarang kna cmni |
|
|
|
|
|
|
|
- Potong dan sambung lantai kenderaan dari kiri ke kanan.
- Potong dan sambung panel from windscreen dari kiri dan kanan.
- Potong dan sambung panel rear windscreen kiri dan kanan
- Menyambung semula badan kenderaan separuh potong (half-cut) kepada mana-mana kenderaan lain.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|