CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 226|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Ops Manis 2.0 dilanjutkan ke hujung Julai

[Copy link]
Post time 8-7-2023 10:10 AM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Putrajaya: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melanjutkan Ops Manis 2.0 sehingga 31 Julai ini bagi memastikan bekalan mencukupi di pasaran.

Ketua Pengarah Penguatkuasa KPDN, Datuk Azman Adam berkata, sejumlah 6,276 pemeriksaan dilaksanakan di seluruh negara dalam Ops Manis dan Ops Manis 2 .0 bermula 3 Mei sehingga 30 Jun lalu.

Katanya, daripada 109 aduan diterima dalam tempoh yang sama, 20 kesalahan dikesan seperti mengenakan syarat penjualan yang tidak sah, menjual melebihi harga kawalan, membungkus tanpa kebenaran Pengawal Bekalan.

"Selepas Ops Manis 2.0 dilanjutkan sehingga semalam, sebanyak tiga kes dilaporkan membabitkan pelbagai kesalahan ,"katanya kepada pemberita ada sidang media KPDN Yerus Komited Memperkasa Penguatkuasaan Bagi Memastikan Kestabilan Kos Sara Hidup dan Ekonomi Negara di sini hari ini.

Ops Manis yang dilancarkan pada 3 Mei lalu diteruskan dengan Ops Manis 2.0 pada 6 Jun dan tamat pelaksanaannya pada 30 Jun lalu.

Ia bertujuan memastikan tidak berlaku aktiviti menyorok gula oleh pihak tidak bertanggungjawab dan mengelak pembelian panik yang boleh menyebabkan gangguan ke atas bekalan.

Azman berkata, KPDN juga melaksanakan Ops Tiris bagi mengekang ketirisan dalam pelaksanaan subsidi diesel yang dianggarkan berjumlah hampir 10 bilion ringgit nilai tahun lalu.

Katanya, berdasarkan statistik penguatkuasaan bermula 1 Mac sehingga Rabu lalu sebanyak 7,625 pemeriksaan dijalankan di seluruh negara manakala 68 aduan diterima berhubung isu berkaitan.

"Daripada jumlah itu sebanyak 309 kes telah dihasilkan membabitkan nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM27.03 j uta, "katanya.

Azman berkata, sepanjang tempoh sama, sejumlah 3.36 juta liter dirampas membabitkan 282 tangkapan.

Katanya, ia membabitkan 62 individu warga asing manakala selebihnya 220 individu lagi warga tempatan dan pemastautin tetap.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... kan-ke-hujung-julai
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 12:21 PM GMT+8 , Processed in 0.050951 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list