CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 237|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Pukul isteri hanya kerana bawa anak ke klinik

[Copy link]
Post time 9-7-2023 03:57 PM | Show all posts |Read mode

Ampang Jaya: Hanya kerana berselisih faham berkaitan membawa anak ke klinik menyebabkan seorang lelaki warga Myanmar tergamak memukul isterinya di kediaman mereka di Jalan Tasik Tambahan, di sini, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, wanita warga Myanmar berusia 36 tahun itu bertengkar dengan suaminya berusia 41 tahun di kediaman mereka pada 2 petang.

Menurutnya, suspek bertindak memarahi, mencekik leher, menumbuk kepala dan badan mangsa kerana tidak berpuas hati isu berkaitan membawa anaknya ke klinik selepas kanak-kanak itu mengalami gatal-gatal.

"Susulan itu, pada 6 petang kelmarin, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ampang Jaya menahan suspek yang bekerja sebagai penyelia.

"Hasil pemeriksaan kepada mangsa mendapati mengalami kecederaan tisu di pipi kiri, dahi dan lengan kiri serta leher," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Azam berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... bawa-anak-ke-klinik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 01:43 PM GMT+8 , Processed in 0.036782 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list