|
Menginjak usia melepasi garis 81 tahun dan telah membintangi lebih 190 filem, Amitabh Bachchan bersyukur apabila kecaman berunsur buli semakin kurang diterimanya.
Bintang senior yang dipanggil Big B itu mengakui seiring peningkatan usia, orang ramai mula memperlahankan kritikan terhadapnya terutama membabitkan isu remeh.
Menunggu detik sambutan ulang tahun Oktober nanti, Amitabh yang sudah enam dekad dalam industri perfileman menggunakan kesempatan untuk berkongsi pandangan berkenaan persepsi khalayak.
Big B menegaskan pada era siber sekarang, netizen galak meninggalkan komen dalam media sosial artis tanpa menyedari setiap patah perkataan adalah seperti barah merebak.
Menurutnya, perkara sedemikian tidak lagi berlaku yang dirasakan berkemungkinan adalah kerana pemerhati industri menghormati selebriti senior sepertinya.
Sumber: Kosmo! Online |
|