CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 158|Reply: 0

Juventus sedia ‘lelong’ Pogba harga murah

[Copy link]
Post time 13-7-2023 11:52 AM | Show all posts |Read mode

POGBA yang berdepan isu kecederaan berpanjangan sedia dilepaskan Juventus pada harga rendah. – AFP

TURIN – Juventus dikatakan sudah bersedia untuk melepaskan pemain tengah, Paul Pogba pada jendela perpindahan musim panas kali ini dengan ‘harga runtuh’ bernilai £8.5 juta (RM51.23 juta).

Skuad The Old Lady itu dianggap tidak kisah sekiranya mereka kehilangan khidmat Pogba memandangkan bekas pemain Manchester United berkenaan lebih banyak menghabiskan masa di bilik rawatan akibat kecederaan.

Sejak kembali ke pangkuan Juventus secara percuma dari Manchester United tahun lalu, Pogba melakukan 10 penampilan sahaja dalam semua pertandi­ngan selain hanya mencipta satu umpanan gol.

Meskipun Juventus terbuka bagi melepaskan pemain Perancis itu, namun Pogba dikatakan sedia untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama sebaik sahaja dia pulih daripada kece­deraan dialami.

Difahamkan, kelab Liga Pro Arab Saudi, Al-Ahli sedia mendapatkan khidmat Pogba selepas mereka berjaya membawa masuk bekas pemain Liverpool, Roberto Firmino secara percuma sebelum ini.

Sekiranya Pogba bersetuju untuk berhijrah ke Arab Saudi, dia akan menjadi pemain ternama terbaharu menyertai liga tersebut selepas Firmino, N’Golo Kante, Karim Benzema dan Kalidou Koulibaly.

Untuk rekod, Pogba merupakan pemain yang pernah memegang status perpindahan termahal du­nia ketika dia pulang ke Old Trafford dari Juventus pada 2016 de­ngan yuran perpindahan £93.2 juta (RM561.76 juta). – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/07 ... -pogba-harga-murah/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 02:04 AM GMT+8 , Processed in 0.055056 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list