View: 250|Reply: 0
|
[Negeri Sembilan]
Lupus barang kes RM6.25 juta
[Copy link]
|
|
ABD Khalid melakukan simbolik pelupusan barang kes bernilai RM6.25 juta. FOTO Azrul Edham.
Seremban: Polis Kontinjen Negeri Sembilan melupuskan barang kes Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) bagi tempoh 2018 hingga 2021 dianggarkan bernilai RM6.25 juta, hari ini.
Timbalan Ketua Polisnya, Senior Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, pelupusan barang kes itu membabitkan jenayah kontraban iaitu rokok, arak tanpa cukai dan mesin serta peralatan bitcoin.
"Sebanyak 37 kertas siasatan yang disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan atau Seksyen 37 Akta Bekalan Elektrik 1990 selesai perbicaraan dan menerima arahan daripada mahkamah dan Timbalan Pendakwa Raya untuk dilupuskan.
"Semua barang kes ini dirampas hasil 19 operasi kontraban dan 18 operasi bitcoin dan turut membabitkan 38 tangkapan," katanya pada majlis yang berlangsung di sini.
Hadir menyaksikan pelupusan itu, Timbalan Pendakwa Raya M Kalaivaanan; Majistret Seremban Yusna Khadijah Md Yusop dan wakil Jabatan Alam Sekitar (JAS), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Abd Khalid berkata, pihaknya mengambil tindakan drastik untuk menyelesaikan siasatan kes dan mengelak lambakan di stor barang kes di setiap daerah.
Katanya, polis juga akan terus proaktif membanteras jenayah dan penyeludupan habis-habisan, selain tidak berkompromi dengan mana-mana pihak bersekongkol dengan sindiket termasuk anggota.
Pada majlis itu, 340,003 paket rokok, 1,008 tin bir, 281 botol arak bernilai RM3.75 juta dilupuskan.
Turut dilupus 1,252 mesin bitcoin, 12 set komputer dan 68 unit modem dianggar bernilai RM2.5 juta
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... rang-kes-rm625-juta |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|