View: 240|Reply: 0
|
[Johor]
Polis rampas dadah RM4.3 juta, tahan empat lelaki
[Copy link]
|
|
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat menunjukkan rampasan dadah daripada sindiket yang aktif sejak April lalu pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, Johor. - Foto NSTP/Nur Aisyah Mazalan
JOHOR BAHRU: Sindiket pengedaran dadah yang aktif sejak April lalu tumpas selepas empat lelaki ditahan di Kluang, Isnin lalu bersama dadah bernilai RM4.3 juta.
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata empat suspek berusia antara 22 hingga 30 tahun itu ditahan dalam tiga serbuan di daerah itu antara jam 6.20 petang hingga 9.45 malam.
Beliau berkata, sindiket itu menjadikan sebuah rumah teres dua tingkat yang disewa sebagai stor penyimpanan dadah serta bagi tujuan pembungkusan semula sebelum diedarkan ke pasaran tempatan menggunakan pelbagai jenis kenderaan.
"Sindiket ini membungkus semula dadah ke dalam pek-pek minuman seperti jus dan teh, bagi mengaburi mata pihak berkuasa.
"Setiap pek yang dibungkus akan dijual serendah RM150 hingga RM200," katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, semalam.
Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Johor, Deputi Komisioner M Kumar.
Menurut Kamarul Zaman, dalam serbuan itu, pihaknya berjaya merampas 54.33 kilogram (kg) serbuk ekstasi; 7,923 biji pil erimin 5; 6,564 biji pil ekstasi; 1.22 kg ketamin dan 346 gram ganja yang semuanya bernilai lebih RM4.3 juta.
"Melihat kepada jenis dadah ini, kita percaya sindiket ini menyasarkan penjualan di pusat-pusat hiburan kawasan sekitar.
"Kita sedang menyiasat dari mana bekalan dadah ini diperolehi, namun kita percaya ia datang luar daripada negeri ini.
"Dadah yang dirampas dalam serbuan ini boleh digunakan oleh seramai 202,042 penagih jika ia terlepas ke pasaran," katanya
Katanya, polis turut merampas enam kenderaan jenis kompak, sedan, kenderaan utiliti sukan (SUV) dan kenderaan pelbagai guna (MPV) serta pelbagai barang kemas selain wang tunai RM11,000.
Beliau berkata, hasil saringan awal air kencing mendapati tiga suspek positif ketamin dan hasil semakan rekod lampau pula mendapati seorang daripada mereka mempunyai rekod berkaitan jenayah.
"Semua suspek yang juga rakan kini direman tujuh hari bermula kelmarin sehingga Isnin depan bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... -tahan-empat-lelaki |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|