View: 246|Reply: 0
|
[Melaka]
Pelajar perempuan maut jatuh bangunan sedang jalani rawatan psikiatri
[Copy link]
|
|
Melaka: Pelajar perempuan Tingkatan Satu yang ditemukan maut dipercayai terjatuh dari bangunan sebuah sekolah menengah di Durian Daun, di sini, semalam, sedang menjalani rawatan psikiatri di Hospital Muar, Johor.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman berkata, pelajar itu juga perlu makan dua jenis ubat penenang bagi merawat penyakit yang dihidapinya.
"Selain itu, pelajar terbabit juga telah dikenakan perintah pemulihan akhlak selama dua tahun di sebuah sekolah pemulihan akhlak di Melaka iaitu di Bukit Baru, tetapi bersekolah di sebuah sekolah menengah di Durian Daun.
"Maklumat berkenaan diperoleh menerusi siasatan yang dijalankan pihak sekolah, Jabatan Pendidikan negeri (JPN) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri sebaik kejadian, namun punca mangsa terjun masih belum diketahui tetapi mungkin dia mengalami halusinasi," katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.
Katanya, jenazah pelajar terbabit diuruskan oleh pihak JPN dan asrama sebaik mungkin untuk dikebumikan di Tangkak, Johor, hari ini.
Semalam, media melaporkan seorang pelajar perempuan ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat dua bangunan sebuah sekolah menengah.
Mangsa ditemukan oleh tukang kebun dalam keadaan terlungkup di kaki lima bangunan sekolah itu pada 2.31 petang dan siasatan awal polis mendapati kelas mangsa berada di tingkat dua bangunan sekolah tiga tingkat itu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... i-rawatan-psikiatri |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|