CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 251|Reply: 0

[Selangor] Bayi lelaki berbalut kain batik ditemui atas buaian besi

[Copy link]
Post time 23-7-2023 01:09 PM | Show all posts |Read mode

FOTO Tular

Sabak Bernam: Bayi lelaki yang masih bernyawa ditemui atas buaian besi hadapan sebuah rumah di Lorong Asrama Anak Yatim, Batu 36, di sini, hari ini.

Bayi terbabit masih mempunyai tali pusat yang dipotong ditemui seorang pemandu lori berusia 29 tahun yang mahu keluar bekerja kira-kira jam 8.55 pagi.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, pengadu tinggal di rumah itu sejak umur 18 tahun bersama seorang rakannya yang bekerja sebagai tukang kebun di asrama anak yatim.

"Pemandu lori memaklumkan semasa hendak keluar, dia ternampak sesuatu di atas buaian besi di hadapan rumahnya.

"Apabila didekati, pengadu mendapati seorang bayi masih bernyawa dengan hanya dibaluti kain batik," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Agus Salim berkata, pembantu perubatan Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) yang tiba di tempat kejadian mengesahkan bayi tersebut dalam keadaan sihat dan tidak mengalami kecederaan fizikal namun tiada dokumen atau barangan lain ditinggalkan," katanya.

Menurutnya, bayi terbabit dibawa ke HTAJ untuk rawatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ui-atas-buaian-besi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 11:32 PM GMT+8 , Processed in 0.687968 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list