View: 290|Reply: 1
|
[Johor]
Wanita mengaku tak bersalah tipu pelaburan, gubah wang haram RM3.7 juta
[Copy link]
|
|
Cheah Piau Yee dibawa keluar selepas mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan Amla dan pelaburan tidak wujud. FOTO Alias Abd Rani
Muar: Seorang peniaga jualan langsung mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari atas pertuduhan terbabit dalam aktiviti pengubahan wang haram serta menipu pelaburan perbankan tidak wujud bernilai keseluruhan melebihi RM3.7 juta sejak tiga tahun lalu.
Tertuduh Cheah Piau Yee, 36, berhadapan empat pertuduhan membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibaca jurubahasa di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.
Daripada empat pertuduhan, tiga daripadanya membabitkan pengubahan wang haram bernilai RM810,494 manakala satu lagi pertuduhan ialah penipuan pelaburan berjumlah RM2,894,731 juta.
Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa melupuskan wang berjumlah RM120,000 yang juga hasil aktiviti haram daripada akaun simpanan milik suaminya, Goh Han Yong, 37, di Malayan Banking, Jalan Abdullah di sini, antara 17 dan 23 Februari 2021.
Bagi pertuduhan kedua dan ketiga pula, dia didakwa melakukan aktiviti sama di RHB Bank, Jalan Abdullah dengan masing-masing melupuskan sejumlah RM66,000 dan RM624,494 juga daripada akaun atas nama suaminya antara 22 Februari hingga 21 Jun 2021.
Semua pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 41(b) Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA) yang boleh dihukum mengikut Seksyen 4 (1) akta sama.
Sabit kesalahan boleh dipenjara hingga 15 tahun, denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau RM5 juta yang mana lebih tinggi.
Selain itu, satu lagi pertuduhan membabitkan penipuan pelaburan yang menyebabkan mangsa berusia 48 tahun menanggung kerugian berjumlah RM2,894,731.
Tertuduh didakwa memperdaya mangsa supaya membuat pelaburan RHB Investment sedangkan ia tidak wujud.
Justeru dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dengan hukuman penjara sehingga 10 tahun, sebatan serta boleh dikenakan denda.
Pendakwaan bagi kedua-dua kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Nur Amanina Wan Din dan Nur Sulehan Abd Rahman sementara tertuduh diwakili J Kuldeep Kumar.
Mahkamah kemudian mengenakan ikat jamin sebanyak RM50,000 bagi kes AMLATFPUAA manakala RM30,000 untuk penipuan pelaburan melalui seorang penjamin.
Tertuduh juga diarahkan menyerahkan pasport kepada mahkamah serta melapor diri di balai polis sekitar Kuala Lumpur memandangkan tertuduh menetap di sana bersama kakaknya.
Mahkamah menetapkan 27 September depan sebutan semula kes serta penyerahan dokumen.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ang-haram-rm37-juta |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Thanks your for sharing the valuable news. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|