View: 233|Reply: 0
|
[Selangor]
Dr. ganja terlepas tali gantung, dipenjara 9 tahun
[Copy link]
|
|
Amiruddin bersama Sangget (kiri) selepas prosiding di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini.
SHAH ALAM – Seorang pesara tentera terlepas hukuman mati selepas dipenjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi hari ini atas pertuduhan berkaitan dadah termasuk memiliki ganja, enam tahun lalu.
Ini selepas 16 pertuduhan berkaitan mengedar ganja dengan anggaran berat 77.84 kilogram mengikut 39B (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dipinda kepada kesalahan dibawah Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 kerana memiliki ganja.
Hakim Julia Ibrahim memutuskan demikian selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap Amiruddin @ Nadarajan Abdullah, 64, atau dikenali ‘Dr Ganja’ di akhir kes pembelaan.
Pada prosiding itu, mahkamah menjatuhi masing-masing penjara lima tahun bagi setiap 16 pertuduhan menanam pokok ganja serta 18 kesalahan memiliki dadah antara 20 hingga 50 gram (g) dadah itu mengikut Seksyen 6 ADB 1952.
Amiruddin yang hadir pada prosiding itu dengan berkerusi roda turut dipenjara sembilan tahun kerana memiliki 181.65g ganja bagi kesalahan mengikut Seksyen 39A (1) dan enam bulan untuk Seksyen 15(1)(a) iaitu memasukkan dadah ke dalam tubuh badan sendiri dibawah akta yang sama.
Kesemua perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah di Kampung Delek Dalam, Klang pukul 12.30 tengah hari pada 26 Mei 2017 namun mahkamah menetapkan kesemua hukuman itu berjalan serentak bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 26 Mei 2017.
Julia dalam penghakimannya menegaskan sebagai bekas tentera sudah pastinya memahami dan tahu kewujudan undang-undang tersebut iaitu ADB 1952.
“Walaupun kesalahan dilakukan atas faktor didorong dengan rasa terdesak menggunakan ganja sebagai rawatan alternatif bagi merawat penyakit yang dihadapinya namun itu bukan alasan kerana menyalahi undang-undang.
“Diharapkan hukuman ini dapat menjadi pencegah kepada orang lain yang mempunyai cadangan dan niat yang serupa (menggunakan dadah tanpa kebenaran untuk merawat penyakit),” katanya.
Terdahulu pada rayuan mitigasi, Peguam Sangeet Kaur Deo mewakili tertuduh memaklumkan anak guamnya mempunyai pelbagai penyakit seperti darah tinggi dan diabetis.
“Anak guam juga sebelum ini telah berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sejak berusia 18 tahun dengan jawatan terakhir sebagai kapten. Sabitan kesalahan akan menyebabkan anak guam saya hilang pencen dan memohon hukuman berbentuk pengajaran,” katanya.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin menegaskan walaupun ini adalah kesalahan pertama tertuduh dan mempunyai pelbagai masalah kesihatan tidak boleh dijadikan alasan untuk hukuman ringan.
“Mohon hukuman tinggi bagi pengajaran kepada masyarakat tanpa sebarang alasan untuk melanggar undang-undang dalam negara ini. Jadi, mohon pertimbangan faktor kepentingan awam mengatasi kepentingan tertuduh,” katanya.
Seramai 17 saksi pendakwaan dikemukakan dan lima saksi pembelaan sepanjang perbicaraan kes tersebut bermula 18 April 2019. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/07 ... -dipenjara-9-tahun/ |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|