CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 258|Reply: 0

[Melaka] Bayi 11 bulan mati dipercayai tersedak susu

[Copy link]
Post time 25-7-2023 11:50 AM | Show all posts |Read mode
Melaka: Bayi perempuan berusia 11 bulan maut selepas dipercayai tersedak susu ketika dalam jagaan pengasuhnya di Rumah Awam Ayer Molek di sini, semalam.

Ibu mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Zaidah, 35, berkata, dia dihubungi pengasuh kira-kira 11 pagi memaklumkan keadaan anaknya tidak sedarkan diri dan badan kebiru-biruan.

Menurutnya, anaknya itu dijaga oleh pengasuh terbabit sejak berusia empat bulan memandangkan dia dan suami bekerja.

"Saya hantar anak ke rumah pengasuh kira-kira 7.30 pagi sebelum pergi bekerja di Sungai Udang, manakala suami kerja di Pulau Gadong.

"Kira-kira 11 pagi, pengasuh telefon beritahu anak saya tidak sedarkan diri dan tubuhnya sudah kebiru-biruan mungkin sebab tersedak susu.

"Saya memintanya segera membawa anak ke klinik berhampiran sementara saya bergegas ke sana," katanya ketika ditemui pemberita di rumah keluarganya di Kampung Titian Bintangor, Alor Gajah, malam tadi.

Zaidah yang tinggal di Taman Desa Ayer Molek berkata, setakat ini, pihak hospital belum mengesahkan punca kematian anaknya kerana perlu menunggu laporan lengkap bedah siasat.

Terdahulu, jenazah anaknya dikebumikan di tanah perkuburan kampung berkenaan kira-kira 10.30 malam dengan dihadiri ahli keluarga terdekat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Katanya, setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, sementara menunggu laporan penuh bedah siasat.
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... cayai-tersedak-susu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 08:04 AM GMT+8 , Processed in 0.055569 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list