View: 267|Reply: 0
|
[Perak]
Tiba-tiba ketuk pintu kereta dengan topi keledar
[Copy link]
|
|
TANGKAP layar video tular menunjukkan lelaki mengetuk pintu sebuah kereta.
Ipoh: Polis mengesan seorang lelaki yang mengetuk pintu sebuah kereta menggunakan topi keledar dalam satu insiden di Jalan Pokok Assam Tambahan, yang tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Taiping Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan berhubung kejadian itu semalam.
"Kejadian dipercayai berpunca daripada kesalahan lalu lintas yang mana penunggang motosikal itu secara tiba-tiba mengetuk kereta mangsa dengan menggunakan topi keledar sambil memarahi mangsa hingga menyebabkan kerosakan pada bahagian pintu kereta," katanya dalam kenyataan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, video insiden itu berdurasi 42 saat tular di media sosial.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... dengan-topi-keledar |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|