View: 243|Reply: 0
|
[Selangor]
Polis rekod 19 keterangan berkaitan kematian Dea Maisarah
[Copy link]
|
|
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/hisinkhan1_1690274398.jpg)
HUSSEIN. FOTO Arkib NSTP
Shah Alam: Seramai 19 individu diambil keterangan berkaitan insiden kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun yang dilaporkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, pada awal bulan ini.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, keterangan itu membabitkan doktor, ibu bapa mangsa, jiran, pihak sekolah dan beberapa anggota yang bertugas di Pondok Polis HTAR.
"Ada beberapa tindakan yang perlu diambil termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang ada di kawasan hospital.
"Kita juga sedang mendapatkan laporan penuh forensik berkaitan bedah siasat yang dilakukan ke atas mangsa.
"Siasatan akan dilengkapkan dalam masa terdekat sebelum dirujuk kepada pihak pendakwa raya," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini, hari ini.
Ketika ditanya adakah polis mengesan unsur kecuaian sehingga menyebabkan kematian kanak-kanak itu, Hussein berkata, pihaknya belum dapat memberikan sebarang komen berikutan masih dalam siasatan.
Terdahulu, media melaporkan mangsa dikenali Dea Maisarah hadir ke Jabatan Kecemasan dan Trauma HTAR bersama bapanya pada 9 Julai sebelum disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan.
Kes itu tular di media sosial apabila timbul dakwaan kanak-kanak itu lewat diberi rawatan apabila terpaksa menunggu lebih 40 minit sebelum mengalami sesak nafas, selain terpaksa diikat kerana meronta.
Pihak hospital juga didakwa membuat laporan berhubung kematian kanak-kanak itu dengan mengatakan mangsa sudah meninggal dunia ketika dihantar untuk mendapatkan rawatan.
Bapa Dea Maisarah, Bada Hussein, 48, turut mendakwa pengelasan kematian iaitu 'Brought in Dead' (BID) dalam sijil atau permit pengebumian adalah palsu dan tidak benar dan mahu punca sebenar di sebalik kematian anaknya dirungkai.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... matian-dea-maisarah |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|