CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 260|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Tentera Darat jalankan siasatan dalaman dakwaan anggota sebuah kem di Sungai Petani didera

[Copy link]
Post time 25-7-2023 05:50 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Kementerian Pertahanan melalui Tentera Darat Malaysia akan menjalankan siasatan dalaman bagi mengenal pasti individu terbabit kes dakwaan seorang anggota tentera didera di sebuah kem di Sungai Petani, Kedah.

Kementerian Pertahanan dalam kenyataan, hari ini, memaklumkan pihaknya merujuk kepada satu laporan polis bertarikh 21 Julai lalu yang tular di media sosial, baru-baru ini.

Menurutnya, laporan polis itu berkaitan dakwaan seorang individu dipercayai anggota tentera yang mendakwa dia dan beberapa rakannya didera secara fizikal oleh anggota senior di kem terbabit.

"Kes itu juga sudah diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.

"Kementerian amat memandang serius mengenai isu dera dalam kalangan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terbabit serta terbukti bersalah sama ada secara langsung atau tidak dalam kes seumpama ini," katanya.

Katanya, tindakan tegas juga akan diambil terhadap warga ATM sama ada individu atau mana-mana pihak sengaja mengeluarkan atau membuat dakwaan palsu sehingga boleh mencemarkan nama baik Kementerian Pertahanan dan ATM.

"Kes ini masih dalam siasatan lanjut pihak PDRM. Justeru itu, masyarakat dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang kenyataan atau spekulasi yang boleh menjejaskan proses siasatan," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ebuah-kem-di-sungai
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 07:54 AM GMT+8 , Processed in 0.068315 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list