View: 278|Reply: 0
|
[Melaka]
10 tahun guna MyKad palsu...
[Copy link]
|
|
HASMI dijatuhi hukuman penjara 12 bulan kerana memiliki MyKad palsu sejak 2013. FOTO Meor Riduwan Meor Ahmad
Melaka: Penjual ayam warga Indonesia dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini, hari ini atas kesalahan memiliki MyKad palsu sejak 10 tahun lalu.
Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman menjatuhkan hukuman itu terhadap Hasmi Zainul, 48, selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan.
Mengikut pertuduhan, dia didapati memiliki MyKad palsu atas nama seorang individu beralamat di Kampung Masin Asin Tandek, Kota Marudu, Sabah.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan (BSP) Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Melaka kira-kira 10 pagi pada 20 Julai lalu.
Tertuduh didakwa dituduh mengikut Seksyen 25(1)(e) Peraturan-Peratuan Pendaftaran Negara (PPN) 1990 (Pindaan 2007).
Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa JPN Melaka, Ahmad Amirul Ahmad Jamal, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Ahmad Amirul memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal terhadap tertuduh yang menggunakan kad pengenalan palsu selama 10 tahun.
Bagaimanapun, tertuduh merayu tidak dipenjarakan kerana perlu menanggung anak dan isteri serta kedua ibu bapa yang uzur di Indonesia.
"Saya hanya mampu membayar denda RM1,000 sahaja dan jika dipenjarakan saya tidak dapat bekerja dan mengirim wang setiap bulan kepada ibu bapa di kampung," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... un-guna-mykad-palsu |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|