CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1481|Reply: 1

[Johor] 'Saya lihat bayi kami diberi bantuan pernafasan dalam but kereta'

[Copy link]
Post time 29-7-2023 12:21 PM | Show all posts |Read mode

Johor Bahru: "Ketika saya tiba di hadapan rumah pengasuh, saya terkilan mendapati bayi berada dalam but kereta di parkir di tepi jalan manakala rakan pengasuh sedang melakukan bantuan pernafasan," kata Chew Chin Siong, 33.

Chew berkata, dia tidak menyangka akan kehilangan anak bongsu, Chew Hau Xuan, yang berusia enam bulan ketika berada di bawah jagaan pengasuh di Permas Jaya pada 15 Julai lalu.

Bapa kepada empat cahaya mata itu berkata, pada hari kejadian, dia menerima panggilan daripada isterinya yang bekerja di Singapura menyatakan pengasuh menghubunginya dan memaklumkan anak lelaki mereka kurang sihat.

Menurutnya, kebetulan, ketika kejadian dia tidak bekerja dan bergegas ke rumah pengasuh yang tidak jauh dari rumahnya.

Namun, katanya, apabila tiba, dia mendapati tubuh, bibir dan tapak tangan bayinya kebiruan.

"Pengasuh menyatakan anak saya mula sesak nafas jam 12 tengah hari dan persoalan kami adalah, mengapa dia memaklumkan kepada kami hampir sejam selepas itu.

"Dia sepatutnya menghubungi kami atau membawa bayi ke klinik namun ketika dipersoal, wanita berusia 20-an itu menyatakan dia tidak boleh bergerak berseorangan diri dan mendakwa sudah menghubungi ambulans.

"Kemudian saya membawa bayi ke Hospital Pakar Regency Seri Alam sebelum dimaklumkan anak sudah meninggal dunia," katanya.

Chew berkata, isterinya, Patricia Lau Hui, 32, membuat laporan polis di Balai Polis Permas Jaya pada hari sama kerana kecewa dengan kejadian terbabit.

Menurutnya, mereka yang mendapatkan perkhidmatan jagaan untuk bayi selain anak kedua dan ketiga masing-masing yang berusia tiga dan lima tahun sejak Mac lalu, sebelumnya dalam perancangan untuk mencari pusat asuhan lain.

Katanya, malangnya sebelum mendapatkan perkhidmatan pusat asuhan baharu, tragedi terbabit menimpa.

"Kami sebelum ini tidak berpuas hati kerana di pusat asuhan itu, ada ramai kanak-kanak hingga ia menjejaskan keselesaan anak walaupun upah jagaan mencecah hampir RM3,000 setiap bulan.



Patricia (kiri) bersama Chew Chin Siong (dua dari kiri) menunjukkan gambar bayi mereka yang meninggal dunia pada 15 Julai lalu. FOTO Mary Victoria Dass

"Namun semuanya sudah terlambat. Selepas kejadian, pengasuh berulang-kali bertanya sama ada kami mahu mengambil tindakan dan adakah kami mahu sebarang ganti rugi.

"Adakah dia mampu menggantikan nyawa anak kami dan harapan kami hanyalah polis menjalankan siasatan sama ada operasi pusat asuhan ini berlesen walaupun mereka menyatakan memiliki pengalaman 10 tahun.

"Kami masih menunggu laporan forensik berkaitan punca kematian anak. Difahamkan, ia mengambil masa hampir sebulan," katanya.

Sementara itu, Patricia berkata, ketika dia menghantar anak ke pusat asuhan berkenaan, bayinya masih dalam keadaan ceria dan sihat.

Menurutnya, anaknya itu yang lahir pada 17 Januari lalu juga baru pulih daripada demam dan selsema sebelum kejadian.

"Pengasuh mendakwa anak saya mengalami batuk ketika bermain sebelum sesak nafas dan tidak sedarkan diri.

"Kenyataan pengasuh tidak kukuh dan menunjukkan kecuaian mereka yang lambat mengambil tindakan. Sekiranya tiada tindakan diambil, mungkin kanak-kanak lain juga mengalami nasib sama dengan anak kami," katanya.

Pasangan itu mengadu kejadian menimpa mereka kepada Pengerusi Biro Pengaduan Amanah Pasir Gudang Syed Othman Abdullah.

Syed pula berkata, pihaknya berharap pasangan itu menerima pembelaan sewajarnya.

"Pihak berkuasa juga diharap menjalankan siasatan sama ada pusat asuhan itu berlesen dan sama ada pengasuh berkenaan berkelayakan," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Raub Selamat mengesahkan yang pihaknya menerima laporan polis dibuat pasangan berkenaan.

"Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan kami masih menunggu laporan bedah siasat untuk mengetahui punca sebenar kematian," katanya dihubungi hari ini.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... afasan-dalam-kereta
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2023 10:47 AM | Show all posts
kalau tiada tindakan diambil, mungkin kanak-kanak lain juga mengalami nasib sama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Acikpor vs. Ngai, 'Jangan sibuk tepi kain saya'
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, 'Jangan sibuk tepi
Views : 15097 Replies : 76
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 103515 Replies : 1052
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 314442 Replies : 9029
Takziah, Pelakon Lan Zailan Meninggal Dunia
doubleATakziah, Pelakon Lan Zailan Meninggal Du
Views : 14114 Replies : 45
Demi secebis konten, kan dah kena dek!
maklukpenggodaDemi secebis konten, kan dah kena dek!
Views : 27510 Replies : 11
Taraf 'funfair', pengunjung konsert Biduanita-Judika buat aduan ke tribunal pengguna ramai rasa ditipu!!
maklukpenggodaTaraf 'funfair', pengunjung kons
Views : 56021 Replies : 249
Jangan Lompat Kerja...Wanita 35 Tahun dengan gaji 50 ribu  Kongsi Rahsia Simpanan KWSP Cecah Hampir RM2 Juta.Anda nak coba?
YgBenarJangan Lompat Kerja...Wanita 35 Tahun de
Views : 46320 Replies : 171
Jom buat nama gangster
VellfireJom buat nama gangster
Views : 3716 Replies : 43
[Disney+ 2024] LIGHT SHOP - Ju Ji Hoon, Park Bo Young, Bae Sung Woo, Uhm Tae Goo, Lee Jung Eun ~ 4 December 2024
Rahah[Disney+ 2024] LIGHT SHOP - Ju Ji Hoon,
Views : 28025 Replies : 105
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 129119 Replies : 3353

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 08:53 PM GMT+8 , Processed in 0.954797 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list