View: 1394|Reply: 0
|
[Negeri Sembilan]
Pemborong seleweng 70,750 liter diesel diserbu
[Copy link]
|
|
PENGUAT kuasa KPDN memeriksa lori tangki yang dipercayai digunakan dalam penyelewengan diesel bersubsidi di Taman Perindustrian Sri Lukut. FOTO Ihsan KPDN.
Port Dickson: Pemborong barang kawalan berlesen disyaki terbabit penyelewengan diesel, diserbu pihak berkuasa, semalam.
Serbuan dalam Ops Tiris itu dilaksana penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di Taman Perindustrian Sri Lukut, di sini.
Pengarah KPDN Negeri Sembilan, Muhammad Zahir Mazlan berkata, pihaknya merampas 70,750 liter diesel bersubsidi dianggar bernilai RM152,112.50.
"Turut disita, tiga lori tangki, menjadikan keseluruhan nilai rampasan RM292,112.50," katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, pemborong itu disyaki melanggar Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 selepas pemeriksaan keseluruhan mendapati dia memiliki barang kawalan yang melebihi had dibenar lesen.
Katanya, operasi itu digerakkan susulan aduan awam dan risikan anggota selama dua minggu.
"Satu kertas siasatan sudah dibuka dan siasatan lanjut dijalankan bagi mengenal pasti individu atau syarikat yang terbabit rantaian pengedaran diesel ini," katanya yang memberitahu KPDN kan terus melakukan penguatkuasaan dalam membanteras ketirisan dan penyelewengan barang kawalan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... iter-diesel-diserbu |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|