CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1880|Reply: 1

[Johor] Pandu melulu, lima pemandu Lamborghini diambil keterangan

[Copy link]
Post time 30-7-2023 09:18 AM | Show all posts |Read mode

Kenderaan Lamborghini yang dipandu secara berbahaya di Lebuhraya Senai-Desaru. FOTO tangkap layar tular

Kota Tinggi : Polis mengesahkan sudah mengambil keterangan lima pemandu Lamborghini yang terbabit dalam konvoi yang membahayakan pengguna jalan raya lain, di Lebuhraya Senai Desaru di sini.

Ketua Polis daerah Kota Tinggi, Superitenden Hussin Zamora berkata kesemua pemandu lelaki (tempatan) berusia 44 hingga 64 tahun itu diambil keterangan, selepas polis mengesan kenderaan mereka di kawasan sekitar Desaru pada jam 11.40 pagi tadi.

Katanya kes disiasat dibawah seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan.

"Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi menerima video tular berdurasi 71 saat mengenai kejadian itu pada jam 10 pagi tadi.

"Sekumpulan konvoi memandu kereta mewah jenis lamborghini dalam keadaan merbahaya dengan memotong kenderaan lain secara melulu sehingga boleh menyebabkan kemalangan.

"Aksi memandu kereta yang merbahaya tersebut didapati dilakukan di Lebuhraya Senai - Desaru. Pergerakan kenderaan adalah daripada Senai menghala ke Bandar Penawar, " katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Hussin, hasil siasatan awal mendapati mereka mempunyai program di Penawar di sini.

"Pihak polis menasihati orang ramai supaya tidak memandu kenderaan dan melakukan aksi-aksi yang boleh mendatangkan bahaya kepada diri sendiri dan juga pengguna jalan raya yang lain,"katanya.

Dalam video tular tersebut, memaparkan beberapa buah kereta mewah dipercayai dalam konvoi, memotong laluan secara berbahaya di Lebuhraya satu lorong Senai-Desaru.

Sehingga kelihatan beberapa kenderaan dari arah bertentangan memberikan isyarat lampu dan menghimpit ke bahu jalan bagi mengelak bertembung.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -diambil-keterangan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2023 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Deme keje apa?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-3-2025 04:16 PM GMT+8 , Processed in 0.894320 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list