CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 819|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Lapan pengikut ajaran The Ahmadi sertai perhimpunan LGBT ditahan

[Copy link]
Post time 31-7-2023 05:10 PM | Show all posts |Read mode

DATUK Mohd Shuhaily Mohd Zain. FOTO Bernama

Kuala Lumpur: Lapan lelaki ditahan disyaki menyertai perhimpunan mempunyai unsur lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di hadapan pusat beli belah Sogo, di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, kesemua suspek berusia 18 hingga 56 tahun terbabit ditahan pada hari sama.

"Suspek yang menyertai perhimpunan mengatakan di Malaysia ini hak-hak LGBT disekat… mereka melaungkan 'down syariah court' sambil memegang kain rentang.

"Hasil siasatan mendapati mereka ini ahli The Ahmadi Religion of Peace and Light dan kebanyakan yang ditahan sudah menyertai kumpulan itu hampir dua tahun," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Menurutnya, salah seorang suspek baru sahaja ditahan kerana mengedarkan risalah berkaitan kepercayaan mereka di sebuah masjid di sekitar Putrajaya dua minggu lalu.

Ditanya berkenaan status fahaman kumpulan itu, Mohd Shuhaily berkata perkara itu perlu diputuskan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Katanya, kesemua suspek direman selama sehari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012.

"Kesemua suspek sudah dibebaskan dengan jaminan polis… siasatan masih dijalankan," katanya.

Terdahulu Harian Metro melaporkan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah membuka kertas siasatan berhubung perhimpunan terbabit.

Kejadian itu mendapat perhatian ramai selepas satu video berdurasi 48 saat memaparkan beberapa lelaki memegang plakad menyokong LGBT dimuatnaik seorang pengguna Tik Tok semalam.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... mpunan-lgbt-ditahan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 10:35 PM GMT+8 , Processed in 0.076894 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list