CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 939|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Pemberian nombor akaun tanpa TAC, kata laluan tiada elemen risiko kecurian - Polis

[Copy link]
Post time 31-7-2023 05:14 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Kuala Lumpur: Pemberian nombor akaun bank semata-mata tidak mempunyai elemen risiko yang boleh menyebabkan berlakunya kecurian, menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf.

Bagaimanapun, beliau berkata, pemberian nombor akaun bank dengan kod pengesahan transaksi (TAC) atau kata laluan boleh menyebabkan akaun tersebut diakses secara dalam talian.

"Setakat nombor akaun ini tidak boleh buat apa-apa, untuk buat transaksi mengeluarkan duit perlukan prosedur lain yang memerlukan seseorang itu memberikan maklumat lebih daripada nombor akaun.

"Tiada apa-apa elemen risiko di situ tetapi apabila anda memberikan nombor akaun dan kata laluan, tentulah itu satu risiko besar," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau mengulas mengenai mesej tular melalui aplikasi WhatsApp sejak semalam yang mendakwa terdapat taktik penipuan dengan bertanyakan nombor akaun bagi memasukkan duit untuk pulang mengundi.

Mesej itu mendakwa ada pihak yang tertipu dengan taktik terbabit sehingga kerugian RM1,900.

Selain itu, Ramli berkata, pihak bank juga mempunyai ciri-ciri keselamatan seperti beberapa soalan atau kata kunci yang hanya diketahui pemilik akaun sebelum melakukan sebarang transaksi.

Menurutnya setakat ini, tiada laporan diterima pihaknya berhubung perkara berkenaan, namun menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dalam berkongsi maklumat bank kepada orang yang tidak dikenali.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... men-risiko-kecurian
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 07:49 AM GMT+8 , Processed in 0.166549 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list