CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1105|Reply: 0

[Johor] Kilang jadi makmal proses dadah, ketamin RM2.3 juta dirampas

[Copy link]
Post time 31-7-2023 05:16 PM | Show all posts |Read mode

Polis berjaya membongkar kegiatan satu sindiket pengedaran dadah apabila menyerbu sebuah kilang yang dijadikan makmal memproses ketamin secara haram di sini, minggu lalu. FOTO IZZ LAILY HUSSEIN

Iskandar Puteri: Polis membongkar sindiket pengedaran dadah menjadikan sebuah kilang sebagai makmal memproses ketamin di sini, minggu lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, dalam serbuan jam 7.30 malam, 25 Julai lalu, tiga lelaki warga tempatan ditahan bersama sejumlah dadah dan pelbagai peralatan dipercayai untuk memproses ketamin.

Beliau berkata, susulan itu, serbuan kedua turut dijalankan di sekitar kawasan Iskandar Puteri pada jam 12 tengah malam, 26 Julai lalu dan menahan seorang lelaki warga asing di tepi jalan sebuah kawasan perumahan.

"Modus operandi kegiatan sindiket ini adalah menjadikan sebuah kilang yang disewa untuk memproses dadah. Mereka dipercayai sudah aktif sejak April lalu.

"Kita berjaya membuat rampasan 4.63 kilogram ketamin dan 166 liter cecair ketamin yang keseluruhannya bernilai lebih RM2.13 juta.

"Empat suspek yang ditahan dipercayai adalah mereka yang berpengetahuan dalam kerja memproses dadah dan turut berperanan menguruskan kilang berkenaan," katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Johor, Deputi Komisioner M Kumar dan Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin.

Kamarul Zaman berkata, dadah yang dirampas daripada sindiket itu dipercayai untuk dijual di pasaran tempatan dan boleh digunakan oleh seramai 853,155 penagih dadah.

Katanya, polis turut merampas mesin dan peralatan memproses dadah serta 'precursor' selain dua kereta, sebuah lori, dua jam tangan dan wang tunai RM700.

"Walaupun kita melihat jumlah dadah yang dirampas tidaklah besar, namun peralatan yang ditemui dengan kilang yang digunakan sindiket ini, ia adalah makmal memproses dadah yang paling besar pernah kita bongkar," katanya.

Menurut Kamarul Zaman, hasil ujian saringan awal air kencing mendapati dua daripada suspek positif ketamin, manakala hasil semakan mendapati dua daripada suspek mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah.

"Semua suspek yang berusia antara 28 hingga 44 tahun itu ditahan reman enam hari sehingga hari ini dan kita akan mendapatkan perintah tahanan reman sambungan bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

"Kita sedang menjejaki tiga lagi suspek yang masih bebas dipercayai termasuk dalang sindiket," jelasnya.

Tiga suspek yang disenaraikan dalam senarai dikehendaki polis adalah Mohamad Basir Nahupicher, 32; T Prakash, 33 dan S Steven, 48.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -rm23-juta-dirampas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Acikpor vs. Ngai, 'Jangan sibuk tepi kain saya'
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, 'Jangan sibuk tepi
Views : 15097 Replies : 76
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 103515 Replies : 1052
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 314442 Replies : 9029
Takziah, Pelakon Lan Zailan Meninggal Dunia
doubleATakziah, Pelakon Lan Zailan Meninggal Du
Views : 14114 Replies : 45
Demi secebis konten, kan dah kena dek!
maklukpenggodaDemi secebis konten, kan dah kena dek!
Views : 27510 Replies : 11
Taraf 'funfair', pengunjung konsert Biduanita-Judika buat aduan ke tribunal pengguna ramai rasa ditipu!!
maklukpenggodaTaraf 'funfair', pengunjung kons
Views : 56021 Replies : 249
Jangan Lompat Kerja...Wanita 35 Tahun dengan gaji 50 ribu  Kongsi Rahsia Simpanan KWSP Cecah Hampir RM2 Juta.Anda nak coba?
YgBenarJangan Lompat Kerja...Wanita 35 Tahun de
Views : 46320 Replies : 171
Jom buat nama gangster
VellfireJom buat nama gangster
Views : 3716 Replies : 43
[Disney+ 2024] LIGHT SHOP - Ju Ji Hoon, Park Bo Young, Bae Sung Woo, Uhm Tae Goo, Lee Jung Eun ~ 4 December 2024
Rahah[Disney+ 2024] LIGHT SHOP - Ju Ji Hoon,
Views : 28025 Replies : 105
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 129119 Replies : 3353

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 08:54 PM GMT+8 , Processed in 1.304291 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list