CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2015|Reply: 0

[Selangor] Pelanggan kedai makan panik ‘diserang’ 20 ekor lembu

[Copy link]
Post time 31-7-2023 05:41 PM | Show all posts |Read mode

Tangkap layar video perkongsian sekawan lembu serang sebuah kedai makan.

PETALING JAYA – Pengunjung sebuah kedai makan berdepan detik cemas selepas ‘diserang’ kira-kira 20 ekor lembu yang secara tiba-tiba meluru masuk ke premis tersebut.

Perkara itu dikongsi @nikamiraa di akaun TikTok miliknya dan memaklumkan, insiden tersebut berlaku semasa dia dan rakannya sedang makan sebelum menyedari sekawan lembu meluru kearah meja mereka.

“Tengah makan, tiba-tiba lembu buat rombongan cik kiah pula, nasib baik kami tak kena sondol,” ujarnya di ruangan kapsyen.

Di ruangan komen, rata-rata orang memuji tindakan pantas pengunjung kedai yang bergegas menyelamatkan diri selain ada yang menyifatkan insiden ini tak endah seperti filem pengembaraan fantasi, Jumanji.

“Nasib baik pak cik baju merah yang berdiri dekat tepi selamat, kalau lembu nampak naya nanti kena sondol,” tulis Sha.

“Aduh, kalau saya mungkin dah berterabur lari. Betul-betul macam dalam filem Jumanji,” komen Ros.

“Siapalah yang main Jumanji ni,” seloroh Sheera.

Setakat ini perkongsian tersebut telah meraih 1.2 juta tontonan, 96,900 tanda suka, dan 25,700 perkongsian. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/07 ... rang-20-ekor-lembu/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 07:30 AM GMT+8 , Processed in 0.044723 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list