View: 2186|Reply: 0
|
[Negeri Sembilan]
Gagal jelas denda, 4 lelaki curi sawit ke penjara
[Copy link]
|
|
Empat lelaki bakal dipenjara selepas gagal menjelaskan bayaran denda di Mahkamah Majistret Bahau hari ini.
JEMPOL – Empat lelaki mungkin terpaksa meringkuk dalam penjara selepas gagal menjelaskan denda setelah mengaku bersalah mencuri buah dan pokok sawit.
Tertuduh, B Nanthakumar, 36, Misdi Tukiman, 58, R Rajak, 45, dan CD Sinnathambi, 30, didenda selepas mereka mengaku bersalah di hadapan Majistret Norhazwani Ishak di Mahkamah Majistret Bahau, di sini hari ini.
Mahkamah menjatuhi hukuman denda RM5,000 bagi pertuduhan pertama dan RM5,500 bagi pertuduhan kedua. Jika gagal membayar denda, mereka perlu menjalani hukuman penjara selama lapan bulan penjara bagi setiap pertuduhan.
Nanthakumar turut didenda RM5,200 bagi kesalahan melupuskan barang curi atau penjara lapan bulan, jika gagal membayar denda berkenaan.
Mereka melakukan kesalahan itu pukul 10 pagi, 18 Julai lalu di tanah pinggir Ladang Kok Foh Rompin dan 20 Julai lalu di Tapak Perniagaan Felda Jelai 1, Gemas, Tampin.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Farahidah Zool Beri, manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.
Farahidah memohon hukuman setimpal mengambil kira kes kecurian tanaman komoditi tersebut yang semakin meningkat di daerah ini. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/07 ... i-sawit-ke-penjara/ |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|