CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2216|Reply: 0

[Melaka] 23 pasangan di Melaka mohon tukar nama anak

[Copy link]
Post time 1-8-2023 03:38 PM | Show all posts |Read mode

PERMOHONAN dibuat berdasarkan pembetulan maklumat dalam Sijil Kelahiran melalui Seksyen 15 (1) Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 Pindaan (2016). - GAMBAR HIASAN




MELAKA: Lebih 20 pasangan di Melaka memohon untuk menukar nama bayi mereka yang berusia bawah setahun di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), sejak Januari lalu.

Pengarah JPN negeri, Norazlee Sulaiman berkata, berlaku sedikit penurunan membabitkan kes sedemikian berbanding tempoh sama tahun lalu, iaitu 23 kes direkodkan tahun ini dan 24 kes pada 2022.

Beliau berkata, permohonan dibuat berdasarkan pembetulan maklumat dalam Sijil Kelahiran melalui Seksyen 15 (1) Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 Pindaan (2016).

“Kita memang ada menerima permohonan untuk pertukaran nama dan bagi kanak-kanak di bawah usia setahun setakat ini sebanyak 23 kes direkodkan, berbanding 24 kes dalam tempoh sama tahun lalu.

“Untuk kes tukar nama ini, ada permohonan diluluskan dan ditolak berdasarkan peruntukan undang-undang, ada situasi di mana nama telah diberi dan dipakai tetapi mereka berasakan ia memberi masalah kepada kesihatan serta nasib tidak baik,” katanya dalam sidang akhbar selepas Program Kibar Jalur Gemilang Peringkat JPN Melaka di Ayer Keroh di sini, hari ini.


NORAZLEE Sulaiman (kiri) dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti Melaka, Datuk Kalsom Nordin (dua dari kanan) pada Program Kibar Jalur Gemilang Peringkat JPN Melaka di Ayer Keroh, Melaka.

Tambah Norazlee, terdapat tiga kategori penamaan nama dibuat JPN iaitu dibenarkan, ditegah dan tidak sesuai.

Jelasnya, antara nama-nama ditegah adalah terlalu panjang melebihi 80 aksara, melibatkan gelaran dikurniakan kerajaan, pangkat atau jawatan serta gelaran keturunan yang tiada kaitan susur galur.

“Selain itu adalah nama-nama kepahlawanan, membawa maksud lucah dan buruk, nama yang membawa maksud tidak baik dalam bahasa lain serta nama perhiasan atau pakaian atau peralatan.

“Walaupun dalam satu konteks hak tu adalah milik semua orang, namun JPN mempunyai garis panduan dan ia bukan untuk umat Islam sahaja tetapi semua kaum, bahkan dalam soal nasab kita kawal juga,“ katanya. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... on-tukar-nama-anak/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 07:33 AM GMT+8 , Processed in 0.045637 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list