CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1196|Reply: 1

[Perak] Remaja OKU 15 tahun rentung dalam kebakaran

[Copy link]
Post time 2-8-2023 10:19 AM | Show all posts |Read mode

Sebuah rumah di Kampung Dato Seri Kamaruddin, di sini, yang didiami tiga beranak warga Indonesia terlibat kebakaran petang tadi. FOTO IHSAN BOMBA

Manjung: Seorang remaja lelaki orang kurang upaya (OKU) ditemukan rentung dalam kejadian kebakaran sebuah rumah di belakang Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Dato Seri Kamaruddin, di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah, berkata pihaknya menerima maklumat kebakaran itu pada jam 4.08 petang.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati seorang remaja warga Indonesia rentung dan disahkan meninggal dunia di atas katil salah sebuah bilik.

"Hasil siasatan pihak polis mendapati tiada sebarang unsur jenayah pada masa kejadian.

"Mangsa adalah OKU dan mempunyai rekod rawatan sawan di Hospital Seri Manjung yang tinggal bersama ibu dan kakaknya di rumah berkenaan. Ketika kejadian mangsa berada seorang diri di dalam rumah.

"Mangsa dihantar ke Hospital Seri Manjung untuk dibedah siasat bagi mengenalpasti punca kematian. Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)," katanya dalam kenyataan, malam ini.

Belia berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung menyeru orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini berhubung dengan Bilik Gerakan IPD Manjung di talian 05-6886222 atau balai polis berdekatan bagi membantu dalam siasatan kes.

Terdahulu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Negeri Perak, Penguasa Kanan Bomba I Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran rumah jam 4.11 petang sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Manjung bergegas ke lokasi kejadian.

"Kebakaran membabitkan rumah terbakar 90 peratus. Komander operasi mengarahkan anggota bomba menjalankan kerja-kerja memadamkan kebakaran.

"Pemeriksaan mendapati terdapat mayat ditemukan rentung seluruh tubuh di atas katil dalam keadaan terlantar.

"Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tujuan lanjut dan operasi ditamatkan jam 5.52 petang tadi," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ung-dalam-kebakaran
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2023 12:26 PM | Show all posts
Salam takziah kepada keluarga mangsa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 07:37 AM GMT+8 , Processed in 0.040221 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list