CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2002|Reply: 1

[Selangor] Tunggu 3 jam, terpaksa hubungi polis gara-gara ‘double park’

[Copy link]
Post time 3-8-2023 02:02 PM | Show all posts |Read mode

Keadaan kereta wanita itu yang dihalang kenderaan lain.

PETALING JAYA – Seorang wanita terpaksa menunggu hampir tiga jam di ruang parkir gara-gara keretanya dihalang oleh kenderaan lain di sebuah apartmen.

Menerusi perkongsian Siti Nur Aisah Afandi di Facebook semalam, dia terpaksa menghubungi pihak polis untuk membantu gara-gara gagal memanggil pemilik kenderaan terbabit.

“Kau orang tengoklah macam mana nak keluar, dua jam aku hon tak ada siapa yang keluar. Kemudian jerit panggil dalam 10 minit tapi masih tak keluar.

“Jadi saya hubungi polis terdekat. Polis sampai sahaja tak smpai 20 minit pemilik keluar tak pakai baju. Dia beritahu yang dia lupa.

“Semalam tak ada parkir jadi dia letak lah situ. Dia minta maaf dia cakap dia sakit kanser. Saya ini jenis cepat kasihan, saya tak marah sikit pun tak marah dekat dia, tapi abang polis sahaja lah yang marah,” kongsinya dalam satu hantaran.

Menurut wanita itu, polis yang datang membantu ingin bertindak menghubungi pihak lori tunda bagi mengalihkan kenderaan tersebut namun, belum sempat berbuat demikian pemilik kenderaan terbabit telah munculkan diri.

“Okey selesai. Kawan aku cakap dia (pemilik kenderaan) sakit bukan pekak, betul lah kan. Dekat tiga jam menunggu, boleh ke kau orang sabar macam aku?.

“Polis nak hubungi ‘towing’ tapi pemilik kereta dah keluar,” tambahnya.

Perkongsian wanita itu menjadi tular dan turut dikongsikan di kumpulan Facebook, B40 Buat Perangai Apa Harini sehingga menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai.

“Kalaua saya, tak sampai sejam ‘towing’ dah tarik kereta itu, kalau nak ‘double park’ (parkir berlapis) peka la, jangan susahkan orang lain,” pesan Ahmad Saibullah.

“Kalau kawasan apartmen memang masalah parkir, PBT (pihak berkuasa tempatan) perlu main peranan atasi masalah ini, kadang itu kereta kena halang macam ini dah lewat nak ke kerja,” luah Ayuni Mirza. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2023/08 ... mpai-panggil-polis/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2023 02:24 PM | Show all posts
Hidup janganlah kita sesekali menyusahkan orang lain
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 10:44 PM GMT+8 , Processed in 0.048074 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list