View: 1191|Reply: 0
|
[Selangor]
Curi motosikal, beli dadah
[Copy link]
|
|
Edited by mattzzx at 3-8-2023 03:34 PM
Rangka motosikal dan motosikal yang dirampas polis susulan penahanan tiga lelaki kerana mencuri di daerah Ampang Jaya. FOTO Ihsan PDRM
Ampang Jaya: Lelaki Myanmar bersama dua lelaki ditahan polis kelmarin selepas disyaki mencuri motosikal di sini dan Kuala Lumpur sejak awal tahun ini.
Motosikal yang dipercayai dicuri mereka itu dikatakan dijual semula di mana hasil wang itu akan digunakan untuk membeli dadah.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, polis menerima laporan daripada penghantar makanan berusia 23 tahun pada 25 Jun lalu apabila motosikalnya Yamaha 125Z yang parkir di kaki lima rumah pangsa di Pandan Indah di sini, didapati hilang.
Menurutnya, suspek berusia 26 hingga 35 tahun itu ditahan di sekitar Seremban, Negeri Sembilan; Rawang dan Cheras.
"Suspek pertama dan kedua tiada sebarang rekod jenayah, manakala suspek ketiga miliki enam rekod jenayah, lima rekod narkotik dan satu rekod masih dikehendaki polis.
"Siasatan mendapati suspek aktif melakukan pecah rumah dan curi motosikal dalam daerah Ampang dan sekitar Kuala Lumpur," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Azam berkata, pihak polis turut membuat rampasan dan menjumpai semula rangka motosikal yang dilaporkan hilang.
"Turut dirampas adalah tiga motosikal dilaporkan hilang di daerah ini dan Kuala Lumpur, komponen motosikal, lima utas jam tangan pelbagai jenis, satu bekas mengandungi alat perhiasan, set badan motosikal dan tiga buah telefon bimbit.
"Permohonan reman ke atas ketiga-tiga suspek dibenarkan Mahkamah Majistret Ampang selama empat hari bermula semalam sehingga Sabtu ini.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun keseksaan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... otosikal-beli-dadah
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|