CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1240|Reply: 0

[Melaka] Kasih bapa angkat hingga ke hujung nyawa

[Copy link]
Post time 3-8-2023 03:40 PM | Show all posts |Read mode

HOCK Teng bersama anak angkatnya, Jun Yee yang menderita penyakit tulang belakang bengkok. FOTO Meor Riduwan Meor Ahmad

Melaka: 'Selagi bernyawa, saya akan jaga anak angkat sebaiknya dan tidak bercadang serah kepada orang orang lain'.

Begitu kata pengumpul barangan terpakai, Teo Hock Teng, 58, berkaitan anak angkat perempuannya, Lee Jun Yee, 16, yang juga orang kurang upaya (PKU) menderita penyakit skoliosis atau tulang belakang bengkok sejak lahir.

Teo berkata, biarpun hidup serba kekurangan dengan hanya bergantung kepada kerja mengutip kotak terpakai dan bantuan bulanan RM250 Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), dia mahu terus menjaga anak angkatnya itu yang turut mengalami tumbesaran terbantut, sebaik mungkin.

Katanya, dia mula menjaga Lee sejak berusia tiga bulan selepas tersentuh hati ketika melawat bayi itu dan ibunya yang juga jirannya di Hospital Melaka pada 2007.

"Sebelum ini, anak hanya terbaring di katil namun keadaannya berubah dan mampu berjalan apabila berusia 10 tahun.

"Selain OKU, anak juga menghidap sawan, jantung berlubang, asma dan masalah pembelajaran, tetapi itu bukan masalah bagi saya membesarkannya sendirian.

"Dia tidak pernah bersekolah dan tidak boleh bercakap serta perlu dibantu menguruskan diri termasuk mandi," katanya ditemui media selepas majlis penyampaian cek oleh Kelab Lions Tanjung Bidara di Taman Melaka Raya, Bandar Hilir di sini, semalam.

Cek disampaikan Presiden Kelab Lions Tanjung Bidara Patric Chang Chun Kuang.

Menurut Teo, dia runsing memikirkan penyakit anaknya yang semakin teruk dan memerlukan rawatan susulan yang kerap di Hospital Melaka atau Hospital Kuala Lumpur (HKL).

"Setiap kali pergi bawa anak untuk rawatan ke HKL, saya memerlukan sekurang-kurangnya RM500 untuk menampung perbelanjaan dan tambang teksi.

"Jadi saya terpaksa kumpul duit dulu, barulah dapat bawa Jun Yee ke hospital.

"Sumbangan bantuan RM32,000 ini cukup bernilai, apatah lagi saya memerlukan hampir RM1,000 sebulan, termasuk bagi membeli susu khas dan lampin pakai buang," katanya.

Teo sebelum ini tinggal di Taman Merdeka, namun kini membawa anaknya menumpang di rumah kakaknya di Bandar Hilir sejak dua tahun lalu kerana tidak mampu membayar sewa RM400 sebulan.

Sementara itu, Alex berkata, dana itu hasil kutipan derma yang dilakukan selepas pihaknya bertemu dengan Hock Teng pada 19 Julai lalu.

"Ketika ini, Jun Yee perlu jalani pembedahan bagi membetulkan tulang belakangnya yang bengkok dan dibimbangi boleh menekan (mengganggu fungsi) jantung dan paru-parunya.

"Pihak kami komited dalam membantu individu memerlukan, termasuk Jun Yee," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... gga-ke-hujung-nyawa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 07:32 AM GMT+8 , Processed in 0.039259 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list