CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2068|Reply: 0

[Perak] Pekerja lori barang kurier parah lori terjunam jambatan

[Copy link]
Post time 3-8-2023 05:36 PM | Show all posts |Read mode

KEADAAN dua lori yang terjunam dari jambatan selepas terbabit kemalangan di Kilometer 336, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara dekat Tapah, hari ini. - Foto IHSAN PDRM

TAPAH – Seorang pekerja sebuah syarikat penghantaran parah selepas lori dipandunya terjunam dari jambatan setinggi 15 meter di Kilometer 336, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, di sini hari ini.

Kejadian sekitar pukul 7 pagi itu turut mengakibatkan sebuah lori kontena muatan barangan runcit terjunam ke bawah jambatan.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, ketika kejadian, lori kontena yang dalam perjalanan ke Ipoh itu mengalami kerosakan mekanikal dan berhenti di lorong kecemasan.

Katanya, sebuah lori syarikat penghantaran yang menuju arah sama telah hilang kawalan lalu melanggar bahagian kanan hadapan lori kontena tersebut.

“Pelanggaran itu menyebabkan kedua-dua kenderaan terjunam ke bawah jambatan. Pemandu lori syarikat penghantaran berusia 42 tahun cedera parah dan dirawat di Hospital Tapah.

“Dalam kejadian itu, pemandu lori kontena berusia 38 tahun,  tidak cedera manakala kertas siasatan kes dibuka mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya, di sini hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat kemalangan itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor P. Prathiparaj di talian 0146178095. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/08 ... -terjunam-jambatan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 11:07 PM GMT+8 , Processed in 0.280956 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list