CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2796|Reply: 19

Belum Ada Rezeki Timang Anak Kedua, Maryam Keguguran Sebab Terlampau Sibuk Bekerja

[Copy link]
Post time 5-8-2023 01:46 PM | Show all posts |Read mode
Personaliti media sosial, Maryam You Narae mendedahkan dia mengalami keguguran pada Mei lalu kerana terlalu sibuk bekerja.


Meskipun kandungan itu masih baharu, Maryam, 31, berkata dia tidak boleh melupakan kenangan manis sepanjang tempoh singkat kehamilan itu.






"Saya alami keguguran bulan Mei lalu, usia kandungan ketika itu baru sahaja cecah tiga minggu... semasa itu saya suka makan dan makan tidak berhenti.


"Saya tahu saya gugur pun selepas keluar darah banyak dan lakukan pemeriksaan lanjut.


"Saya rasa sedih kerana kehilangan... saya pun dah beritahu keluarga tentang kehamilan dan mereka semua teruja masa itu," katanya kepada mStar.


Sementara itu, suaminya iaitu Ryzal atau Nik Muhammad Rizal Nik Ibrahim mengaku teruja apabila mendapat perkhabaran Maryam hamil.


Lebih-lebih lagi sudah lama dia menantikan rezeki untuk menimang cahaya mata kedua.


  



Malah, dia juga sudah membuat beberapa persiapan bagi menyambut kelahiran anak keduanya itu.


"Saya memang idamkan anak kedua dan saya jangka itu anak lelaki, jadi saya dah buat persiapan.


"Macam pakaian, tab mandi dan sebagainya... sebab masa Rina tak ada peralatan itu semua. jadi kita beli untuk anak kedua ini," ujarnya.


Meskipun rezeki anak kedua itu tidak memihak mereka, Ryzal berkata dia berlapang dada menerima ketentuan takdir itu.


"Apabila tahu ada pendarahan, saya yakinkan diri ini bukan keguguran cuma pendarahan biasa.


"Mulanya saya anggap mainan perasaan tapi bila buat pemeriksaan doktor cakap dah gugur. Air mata saya berguguran ketika itu.


"Saya percaya mungkin bukan rezeki kami lagi... mungkin sebab persediaan tidak cukup dari segi kewangan atau fizikal," luahnya.


  



Selepas beberapa bulan berlalu, Ryzal berkata dia dan isteri masih belum mampu melupakan kenangan indah itu.


Malah, sehingga kini dia menyerahkan soal rezeki anak kepada Allah SWT.


Untuk rekod, Ryzal dan Maryam mendirikan rumah tangga pada 15 Ogos 2019 lalu selepas mengenal hati budi di Korea Selatan.


Pasangan ini dikurniakan cahaya mata perempuan iaitu Rina pada 2012 lalu.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2023 01:57 PM | Show all posts
takziah.

cuma, cm tak kena bila preggy baru tiga minggu dah start beli barang.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2023 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Wartawan oiii tak proofread ke sebelum pos?

"Untuk rekod, Ryzal dan Maryam mendirikan rumah tangga pada 15 Ogos 2019 lalu selepas mengenal hati budi di Korea Selatan.

Pasangan ini dikurniakan cahaya mata perempuan iaitu Rina pada 2012 lalu."
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2023 12:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak sulung dia, umur baru berapa tahun sampai dia, boleh cakap dia dah tunggu lama utk 2nd baby.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2023 02:22 AM | Show all posts
I hava a great article for you that can allow you to get maximum premium feature without spending money. So, visit here to explore it more Source: ThopTV APK
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2023 08:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Mariam ni korean yg pelik sikit sbb dia suka pakai baju kalerful. Biasa korean suka pakai black or white ke
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-8-2023 10:05 AM | Show all posts
Edited by NazRysha at 6-8-2023 10:07 AM

sakit mata tengok si katik
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2023 11:46 PM From the mobile phone | Show all posts
syitaeyqa replied at 5-8-2023 01:57 PM
takziah.

cuma, cm tak kena bila preggy baru tiga minggu dah start beli barang.

Hidup marhaen dgn org buat konten lain timeline dia kaka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2023 11:14 AM | Show all posts
Sebab Terlampau Sibuk Bekerja..

hahahahaahaha
terpaling bekerja claim yg sgt bekerja sampai gugur
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2023 03:58 PM | Show all posts
Sheols memang dah bertudung ke. Bukan content kan?
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2023 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Cntik jgk Maryam nie.
Tgok die pn xde over.
Tp xthu la sbb xpnh tgok utube die lol
Sekadar nmpk2 org share..

Cume nye laki die I cannot go
Mmg annoying sgt hahahahahah
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2023 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
vanillaninja replied at 7-8-2023 03:58 PM
Sheols memang dah bertudung ke. Bukan content kan?

Dah ade jenama tudung pn kan
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2023 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Takziah..baru tiga minggu dah tau keguguran ek..i tiap kali preggy dah masuk 6 ke 7 minggu baru tau i preggy
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2023 08:16 AM | Show all posts
missyL replied at 7-8-2023 12:35 PM
Dah ade jenama tudung pn kan

Kekdahnya. Theyols ni asal bertudung je jual tudung, asal jual tudung je bertudung
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2023 01:28 PM | Show all posts
Recently, I stumbled upon a resource that greatly resonated with my interests and further expanded my knowledge on the topic. For those who share similar passions or are simply curious to dive deeper, I'd highly recommend checking out Download GBWhatsApp APK. The insights and perspectives offered there are truly enlightening. It's rare to find such a gem amidst the vast sea of information online.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2023 02:11 PM | Show all posts
Kata tak sedar mengandung..baru 3 minggu...tiba2 dah beli barang persiapan??? Auta apa ni?? 3 minggu tu di kira dari 1st day last period kita. Maksudnya belum lagi tau kita ni akan period ke tak.
Ni saja bayar wartawan untuk buat content la ni..Nak bagi nama sentiasa orang sebut. So lame..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2023 02:13 PM | Show all posts
AcikCleaner replied at 8-8-2023 10:01 AM
Takziah..baru tiga minggu dah tau keguguran ek..i tiap kali preggy dah masuk 6 ke 7 minggu baru tau  ...

Ye la..biasanya macam tu la..bila kita tau dah terlewat dari period. Masa lewat tu pun dah consider 4 minggu dah.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2024 04:12 PM | Show all posts
An exceptional site with a user-friendly interface and well-organized content, making navigation seamless. Its rich resources and attention to detail truly enhance the user experience! donghuastream.me
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2024 12:56 AM From the mobile phone | Show all posts
3 minggu? Beli barang dah? Meols nak husnuzhon yg typo 3 bulan..tapi gugur.. gugur tau bila keluar darah je pulak..Macam interview org bengap yg lapar attention. Kenapa ye this Couple macam template org fames yg bodo piang?
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2024 09:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak komen satu je.. Suka Sgt tgk anak diorg si rina tu makan.. Berselera sungguh..xder laa mengadap phone/tablet
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 10:20 AM GMT+8 , Processed in 0.057595 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list