CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1423|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] 'Ada antara warga asing kencing merata, meludah sirih'

[Copy link]
Post time 6-8-2023 03:25 PM | Show all posts |Read mode

KEADAAN di Pangsapuri Cheria Heights, Taman Bukit Cheras. FOTO Fathil Asri

Kuala Lumpur: "Pangsapuri ini sudah seperti transit penempatan warga asing apabila setiap tiga hingga empat bulan ada sahaja 'muka baharu' penghuni di sini," luah penduduk di Pangsapuri Cheria Heights, Taman Bukit Cheras, di sini.

Penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Fakrul, 40-an, berkata, dianggarkan kira-kira 50 peratus di pangsapuri itu adalah warga asing dengan kebanyakan mereka terdiri daripada etnik Rohingya dan warga Myanmar.

"Saya sudah menetap di sini sejak pangsapuri ini dibina pada 1989. Apa yang saya perhatikan, jumlah warga asing di sini mula meningkat sejak beberapa tahun lalu.

"Sejak kebelakangan ini, saya nampak pangsapuri ini sudah seperti tempat transit penempatan warga asing apabila mereka datang ke sini secara berkumpulan.

"Namun dalam tempoh tiga ke empat bulan kemudian, muncul pula penghuni baharu (warga asing) yang datang berkumpulan juga, manakala penghuni terdahulu pula 'hilang'.. mungkin sudah keluar dari sini," katanya ketika ditemui di pangsapuri berkenaan, hari ini.

Fakrul berkata, dia ada mengadu mengenai perkara itu kepada pemilik rumah yang dikenalinya, namun individu terbabit juga memberitahu terkejut apabila melihat penghuninya bertukar orang lain.

"Menurutnya, sebelum ini, orang lain yang sewa tetapi beberapa bulan selepas itu orang lain pula yang sewa. Namun, bayaran sewa dibuat on time (mengikut masa).

"Kebanyakan masalah di sini dicetuskan penghuni baharu ini yang suka membuat bising terutama ketika mabuk dan berkelakuan tidak senonoh serta kotor.

"Ada antara mereka yang suka kencing merata termasuk perempuan dan meludah sirih sehingga kena pada bumbung kereta.

"Malah, saya sendiri pernah bergaduh dengan mereka yang mabuk dan membuat bising di belakang rumah saya sebelum ini," katanya yang mengakui tidak selesa dengan keadaan itu.

Seorang lagi penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai James, 60-an berkata, ada penghuni tempatan membuat aduan kepada pihak Badan Pengurusan Bersama (JMB) pangsapuri terbabit, namun tiada penyelesaian.

"Masalah ini seperti tiada kesudahan apabila ada pemilik rumah tetap mahu menyewakan kediaman mereka kepada warga asing sejak lima tahun lalu.

"Malah, ada juga penduduk yang membuat kepada pihak berkuasa dengan dianggarkan sudah dua kali pangsapuri ini diserbu pada tahun ini, namun masalah ini masih berlaku," katanya.

Beliau turut mendedahkan terdapat beberapa kedai makan dan kedai runcit di pangsapuri berkenaan dimiliki warga asing yang menetap di situ.

Sementara itu, seorang penghuni warga Myanmar, Sen Thang, 30-an, berkata, dia menetap di pangsapuri itu sejak 10 tahun lalu bersama isteri dan anak lelakinya berusia setahun.

"Saya pilih tinggal di sini sebab dekat dengan tempat kerja sebagai tukang cuci kereta di Taman Connought. Sewa di sini juga murah iaitu RM650 sebulan.

"Saya tengok di sini memang ramai warga asing tapi sepanjang tinggal di sini, saya tidak pernah ada apa-apa masalah," katanya yang memaklumkan mereka sekeluarga adalah pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR).

Semalam, Harian Metro melaporkan seramai 425 pendatang asing tanpa izin (Pati) ditahan dalam operasi penguatkuasaan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di pangsapuri berkenaan, semalam.

Tinjauan Harian Metro yang mengikuti operasi jam 1 pagi itu mendapati hampir setiap unit di setiap tingkat pangsapuri berkenaan didiami warga asing berkenaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... erata-meludah-sirih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 07:46 AM GMT+8 , Processed in 1.254712 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list