CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1361|Reply: 0

[Selangor] Ibu cadang anak pasang alat perancang hamil, takut terlanjur dengan kekasih

[Copy link]
Post time 6-8-2023 03:31 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seorang wanita mencadangkan agar anaknya dipakaikan alat perancang kemahilan agar tidak mengandung luar nikah.

Wanita itu yang juga seorang ibu tunggal tekad membuat keputusan tersebut kerana takut peristiwa hitam menimpanya dahulu berlaku sekali lagi ke atas anak perempuannya.

Kisah keluarga tersebut dikongsikan semula oleh pegawai perubatan, Dr. Zulfaa di TikTok miliknya.

Menurut Dr. Zulfaa yang bertugas sebagai bidan memberitahu, wanita tersebut mempunyai kerisauan tinggi terhadap anak perempuannya apabila gadis itu sudah mempunyai teman lelaki.

“Seorang ibu tunggal mempunyai anak perempuan yang baru sahaja sambung belajar dan telah mempunyai kekasih.

“Menjadi kerisauan si ibu, dia takut anak gadisnya mengalami hal sama sepertinya dahulu iaitu terlanjur dengan kekasih sebelum berkahwin dan bercadang untuk memasang alat perancang kehamilan untuk anaknya supaya dapat elak dari mengandung luar nikah,” kongsinya.

Bagaimanapun, Dr. Zulfaa menasihatkan wanita itu untuk memperbaiki dan menjaga hubungan komunikasi dengan anaknya supaya gadis tersebut mampu berfikir dengan waras sebelum melakukan sesuatu tidak diingini.

“Tidak perlu sampai pakai alat pencegah, cukup sentiasa berkomunikasi dengan anak, tahu masalah mereka, jadi ibu ayah juga tidak terlalu risau dan fikir bukan-bukan pada anak,” cadangnya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/08 ... jur-dengan-kekasih/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 07:31 AM GMT+8 , Processed in 0.036844 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list