CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5912|Reply: 41

Rambut Panjang Duduk Bertenggek, Penampakan Pontianak Di Kawasan Apartment Di Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 7-8-2023 03:20 PM | Show all posts |Read mode
Selepas berita seorang anggota polis melihat kelibat pontianak semasa melakukan rondaan, kecoh lagi apabila beberapa gambar entiti itu yang dilihat bertenggek dan berterbangan di satu kawasan perumahan tular di laman sosial.


Dalam gambar itu, kelihatan jelas sosok berambut panjang dan berpakaian putih sedang duduk bertenggek di sebuah apartmen dipercayai di Pulau Pinang.


Foto: FB




Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada ini merupakan ‘penampakan’ yang sama dengan apa yang dialami oleh seorang pegawai polis dua hari lepas.


“Depa nampak Cik Ponti depan-depan… Wallahualam, jangan terlalu percaya dan risau. Kita rileks sudah. Kita jangan kacau dia, dia tak kacau kita,” kata individu yang memuat naik gambar tersebut.


Foto: FB





Di ruangan komen, ramai yang rasa seram dan berdebar setelah melihat gambar-gambar tersebut.


“Ya, memang real. Rumah aku dengan perumahan kastam ni sebelah sebelah ja. Dulu, keliling tu semua hutan dan pokok pokok lama, tapi sekarang depa dok buat rumah baru kat situ.


“Kes ini dah berlarutan seminggu dua minggu dah, bukan baru lagi. Kawan mak aku yang duduk kastam bagitau memang real kes ni,” kata Heiza .









Namun ada juga yang skeptikal dan percaya gambar tersebut mungkin telah disunting.


“Hmm, bukan semudah itu ye nak ‘snap’ gambar hantu. Orang ramai mudah betul percaya benda-benda viral mcm ni. Sudah lah ada bayang-bayang pula Cik Ponti tu.


“Katanya zaman skrg kamera canggih belaka. Keluar gambar serupa pakai idiotphone juga,” kata Lana.


“Dari aku kecik sampai besar, aku tengok gambar post hantu ni mesti baju putih. Memang pakaian hantu warna putih je ke?


“Lagi satu, hantu ni buka kedai dobi ke, tak kotor sangat pakaian hantu Malaysia ni. Aku kerja pakai baju putih, sehari sekali nak basuh pun malas,” kata seorang lagi netizen. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2023 03:35 PM | Show all posts
taknak tangkap ke bela buat pet mcm kat negara konoha sana.
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2023 03:36 PM | Show all posts
meols tak heran dengan yang rakam / nampak / tangkap gambaq hantu tu, yang meols menyampah yang acah-acah 'hantu takleh amik gambar gitu je...aku tau lah...' 'hantu takkan muncul macam tu...aku pernah nampak depan mata..' 'mana boleh amik gmbr macam tu ja...edit ni..'..... yang hat ni meluat ye..palatao..macam dia tau seluruh isi dunia ni macamana... acah-acah tau ilmu nk amik gmbq hantu... yihhh!
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2023 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Tgkt atas skali plk dia panjat..bodoh pny ponti.. tdo psg lampu la aku mlm ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2023 04:02 PM | Show all posts
aku healing sampai pagi
owhhh noooo tabalikkkk
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2023 04:12 PM | Show all posts
ahhh ghisau..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-8-2023 04:12 PM | Show all posts
bukti technology boleh menangkap gambar entiti aneh,

dulu camera tak boleh amik gambar antu, bila dah smpai 20 mega pixel keatas, ramai dpt rakam gambar hantu...

aku rasa cukup2 lah upgrade technology, nnti selfie nampak pulak setan kt sebelah
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2023 04:28 PM | Show all posts
salimrock replied at 7-8-2023 04:12 PM
bukti technology boleh menangkap gambar entiti aneh,

dulu camera tak boleh amik gambar antu, bila  ...

hahahaha tergelak aku bc....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2023 04:46 PM | Show all posts
baru semalam aku sembang psal ni. sekarang hantu lebih byk berkeliaran dari dulu sebab byk dah kawasan penempatan jin diteroka buat umah buat ladang. kaum kerabat diorg berkeliaran merata mencari tempat berteduh. kdg2 ternmpk itu biasa dah skrg.
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2023 04:53 PM | Show all posts
dkt2 prn bnyk pulak kemunculan
nk jd calon dh xdan
berkempen ke pun?


Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2023 05:00 PM | Show all posts
lanacondor replied at 7-8-2023 08:00 AM
Tgkt atas skali plk dia panjat..bodoh pny ponti.. tdo psg lampu la aku mlm ni

hahaha lawaklah ko ni.. rumah ko tingkat atas ke? klu tiba2 ada org ketuk tingkap, ko jgn bukak pulak..!
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2023 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Mane tok singa...panggil la die...
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2023 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
kembar pontianak ini berada di Indonesia
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2023 07:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Xnmpak apa pn kt gmbar semua tu
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2023 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts
salimrock replied at 7-8-2023 08:12 AM
bukti technology boleh menangkap gambar entiti aneh,

dulu camera tak boleh amik gambar antu, bila  ...

Kamera bukan boleh tangkap gambar orb @ spirits of the hantus? Pernah nampak gamba penuh orbs. Pelik.
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2023 08:16 PM From the mobile phone | Show all posts
TabletSusu replied at 7-8-2023 05:00 PM
hahaha lawaklah ko ni.. rumah ko tingkat atas ke? klu tiba2 ada org ketuk tingkap, ko jgn bukak pu ...

Ya rabb jgn la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2023 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
tang mana ni? tapi abih bukit kena tarah merata apartment condo mana la cik antu tak merayau hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2023 08:46 PM | Show all posts
lanacondor replied at 7-8-2023 04:00 PM
Tgkt atas skali plk dia panjat..bodoh pny ponti.. tdo psg lampu la aku mlm ni

tidur dalam kelambu sis silap2 dia ada kt sebelah sis
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2023 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 7-8-2023 08:46 PM
tidur dalam kelambu sis silap2 dia ada kt sebelah sis

Done pasang ayat Quran.
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2023 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Pernah orang mancing kat hulu hutan mana tahu dia pergi kat 1 kawasan negeri sembilan. Nak balik tu tetiba tersuluh cik PON..depan2 noks muka ditutupi rambut panjang. Sempat snap dalam menggigil dan dalam kamera tu tak jelas pun. Dia macam transprents..tapi Yes pakaian putih rambut panjang.
Gambar atas tu jelas ya macam kain ela putih jer..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 07:45 PM GMT+8 , Processed in 0.492896 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list