CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2112|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Lelaki ditahan bakar bendera PH

[Copy link]
Post time 7-8-2023 04:49 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Kuala Lumpur: Seorang lelaki ditahan kerana membakar bendera parti Pakatan Harapan (PH) dan merosakkan bendera serta sepanduk di kawasan Taman Damai, Batu Arang, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, sebanyak 67 laporan polis diterima semalam dengan dua kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, polis turut menjalankan tangkapan terhadap seorang lelaki mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.

"Manakala 65 laporan polis lagi diklasifikasikan NOD (No Offence Disclosed) iaitu laporan polis yang dibuat tidak ada apa-apa kesalahan dan tangkapan.

"Laporan polis ini dibuat oleh Pasukan Ops Cantas yang melakukan pemeriksaan Ops Cantas Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor di lokasi yang dijalankan pemeriksaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, sebanyak 276 kempen berpermit diadakan semalam dengan tiga tanpa permit dan ceramah berpermit sebanyak 105.

Hussein berkata, semua calon hendaklah memastikan pemasangan bendera parti, kain rentang dan poster tidak diletakkan di pagar premis kerajaan serta rumah ibadat.

"Selain itu turut dinasihatkan tidak meletakkan di lampu isyarat dan simpang jalan yang boleh menghalang pandangan pengguna jalan raya," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... an-bakar-bendera-ph
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 11:14 PM GMT+8 , Processed in 0.055771 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list