|
BOMBA menyelamatkan lelaki warga Romania yang cuba terjun dari tingkat 10 sebuah hotel. FOTO Ihsan Bomba
Kuala Lumpur: Bomba menyelamatkan lelaki warga Romania yang cuba terjun dari tingkat 10 sebuah hotel di Jalan Kancil, di sini, hari ini.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada 12.21 tengah hari.
Komander Operasi, Abdul Manas Abdul Wahab berkata, anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pudu dibantu BBP Hang Tuah dikejar ke lokasi.
Menurutnya, setibanya pasukan bomba di lokasi mendapati kejadian membabitkan lelaki warga Romania berusia 41 tahun berada di luar bangunan cuba terjun dari tingkat 10.
"Pada 2.50 petang mangsa berjaya dipujuk dan dibawa ke lokasi selamat.
"Mangsa tidak mengalami kecederaan dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... omba-terpaksa-pujuk |
|