|
Masih mencari kaedah terbaik ketika berdepan pencabar, pemain tenis nombor 1 dunia, Iga Swiatek mencuri tumpuan warganet.
Daily Mail melaporkan, bintang Poland berusia 22 tahun itu melekat mulutnya dengan pita pelekat bagi melatih pernafasan ketika sedang bermain.
Omnium Banque Nationale
Bagaimanapun, rata-rata warga maya mempersoalkan manfaat daripada kaedah pelik itu.
Difahamkan, dia melakukan teknik tersebut sebagai persiapan untuk Terbuka Kanada.
Walau apa pun alasannya, Swiatek jelas memaksa diri untuk mencapai had tertinggi kerana telah memenangi Terbuka Perancis pada Jun lalu.
Omnium Banque Nationale
Minggu lalu dia merangkul gelaran Terbuka Poland di tempat sendiri dengan kemenangan 6-0, 6-1 ke atas Laura Siegemund.
Dia akan meneruskan kempen Terbuka Kanadanya pada hari Rabu menentang lawan yang masih perlu diputuskan selepas dia meninggalkan pusingan pertama.
Sumber: mStar |
|