CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4738|Reply: 35

Baju Besar Dan Longgar Jadi Trend Tapi Sakit Mata Bila Ada Yang Mula Tak Pakai Seluar!

[Copy link]
Post time 9-8-2023 11:26 AM | Show all posts |Read mode
Trend fesyen saiz jauh lebih besar dan longgar (oversized) menjadi kegilaan anak-anak muda terutama dalam kalangan wanita hari ini.


Selain kelihatan ‘stailo’, ia juga lebih sopan kerana tidak menampakkan bentuk badan.


Namun, apa yang tidak sedap dipandang apabila ada individu yang hanya memakai baju besar tetapi seluarnya sangat pendek hingga menampakkan seolah-olah separuh bogel atau hanya berseluar dalam.




Baju 'oversized' kini menjadi trend dalam kalangan wanita. -Gambar hiasan / FB / Freepik




Perkara itu diluahkan seorang lelaki menerusi satu hantaran di Facebook.


“Saya berjalan-jalan semalam, dan saya lihat ramai gadis mula tidak memakai seluar! Trend apakah ini? Kanak-kanak tengok macam mana kita yang dewasa hendak menjelaskannya?


“Mengapa anda tidak keluar dengan memakai seluar? Bukankah itu bagus? Saya tengok ramai orang tua geleng kepala apabila mereka melihatnya, sakit mata mereka,” tulisnya.


Mungkin si pemakai sebenarnya memakai seluar pendek, tetapi kerana ia adalah ‘hot pants’ yang menampakkan sebahagian paha menjadikan ia kelihatan seperti seluar dalam.


Pada masa sama, penampilan mereka yang tidak senonoh itu hanya memberi peluang kepada orang lain untuk ‘mencuci mata’.


“Disebabkan ini, ramai orang akan melihatnya beberapa kali, malah menggunakan cermin mata berwarna dengan alasan untuk melihat anda berpakaian seperti itu.


“Nanti akan ada orang yang sanggup tunggu di bawah eskalator dan curi-curi tengok apabila anda naik ke tingkat atas menggunakan eskalator,” ujarnya.


Secara tidak langsung, ia boleh mendorong perbuatan atau tanggapan yang tidak baik seperti gangguan seksual.


Susulan itu, lelaki berkenaan meminta semua wanita supaya menghormati masyarakat di sekeliling dengan berpakaian sopan.


“Jangan tak pakai seluar, hanya seluar dalam apabila keluar dan kemudian pakai baju besar untuk tutup seluar dalam anda.


“Saya merayu kepada kaum wanita, janganlah berpakaian seperti ini lagi,” jelasnya.


Malah katanya, pemakaian yang melampau itu juga hanya akan mencemarkan imej Malaysia.


“Ini bukan trend. Ini satu perkara yang pelik. Jangan biarkan pelancong asing menganggap kita kelihatan pelik. Pakaian yang sopan dihormati oleh semua orang,” ujarnya lagi.


Bagaimanapun, di akhir hantaran di Facebook tersebut, dia secara sinis memberi pandangan terhadap segelintir wanita yang gemar berpakaian ala ‘separuh bogel’ di tempat awam.


“Kalau kaki anda ada banyak kesan gigitan nyamuk sana sini, atau ada kesan parut, ia benar-benar kelihatan buruk,” katanya.


Hantarannya di Facebook itu dikongsi lebih 2,000 kali dan lebih 1,000 tanda suka (like).




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2023 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Pendatang indon yg duduk malaysia pun dah ikut trend ni. Bersepah kat supermarket cari ikan sayur pakai baju gobos seluar katuk tp tak nampak seluar nya. Hodoh gila
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2023 12:17 PM | Show all posts
selua ilang mcm pakai penda aje dlm tshirt tu..
kalau langsing kaki mcm nasha aziz xpe gak..
ini menggerutu selulit..  makcik2 dah 40s pon masih gitu
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2023 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya pakai baju baggy juga nak wat cemana mmg rata2 baju skrg semua besar2 walau saiz S.

Tp idoklah nak pkai vaju ngn spenda kat je kat luar rumah.
Dlm rumah tu lain laaaa Kami ni sbb menutup aurat kat luar kalau kat umah opkosss kalah amoi2 yg selalu acah seksi tu padahai depan belakang sama rata je.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2023 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
rasanya lama dah kot trend ni tp cina2 housewife la mai beli sayur kat pasar mmg camni la kat area umah i dulu. baju beso+hotpants peha gabak penuh selulit
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2023 12:51 PM | Show all posts
ala.. ahso ahso.. amoi amoi dah lama pakai mcm ni dari jaman hippies lagi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-8-2023 01:49 PM | Show all posts
Itu hari ada nampak awek pakai baju gedobos besar tapi gayakan dengan seluar cutting kaki lebar tu. Sebab sheolls tinggi, nampak cantik la pulak. Yg pakai short pants ala spenda tu, mmg geli.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2023 02:39 PM | Show all posts
skg tgh pesen 80an/90an kn dlu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2023 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul la kalau kaki & kulit tu cantik, ralit jg aku nengoknya
Ini dgn cellulite, varicose veins tu yuck
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2023 03:03 PM | Show all posts
cikatilia replied at 9-8-2023 12:17 PM
selua ilang mcm pakai penda aje dlm tshirt tu..
kalau langsing kaki mcm nasha aziz xpe gak..
ini men ...

pakai ja..sedap juga pandang benda free ni..
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2023 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Pastu gi premis gomen. Pokgad halau. Mulalah play victim.


Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2023 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Trend berpuluh tahun dulu masa remaja. Amoi² kat sekolah masa pj pakai t-shirt sukan besar gedoboh dgn seluar pendek tapi tak nampak seluar sampai cikgu melayu bising sbb nampak mcm pakai t-shirt dgn seluar dalam je.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2023 03:15 PM | Show all posts
klu kaki lawa tahan jua pakai baju saja dgn hot pants....

klu kaki bnyk syiling...bnyk selulit....mohon si pemakai tgk cermin sblm keluar rumah....
huhuu
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2023 03:17 PM | Show all posts
berzaman dh cina2 pkai mcm nie.. cuma skrg berbilang bangsa yg pkai kot..
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2023 03:38 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2023 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak dara cina mmg suka pakai mcm ni...senang kot bg masuk angin kat celah² tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2023 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 9-8-2023 03:04 PM
Pastu gi premis gomen. Pokgad halau. Mulalah play victim.

Skg ni nak masuk bangunan exchange 106 pun ada dress code... Aku nk tgk ada tak politaik cina yg play victim mcm depa selalu buat kat pejabat gomen
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2023 03:49 PM | Show all posts
Camana rupa pesen ni cer sesiapa tepek gambo sikit.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2023 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Kaki mngerutu pakai skin color lah
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2023 04:23 PM | Show all posts
keruntuhan moral dlm masyarakat ni berpunca dr wanita
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 08:02 PM GMT+8 , Processed in 0.075876 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list