|
Majlis perkahwinan bertukar tragedi apabila dekorasi pelamin roboh dan runtuhan tersebut menimpa pengantin perempuan.
Kejadian berlaku di Banjar, Tasikmalaya di Jawa Barat, Indonesia, pada 15 Julai lalu.
Keadaan itu mencetuskan suasana panik dalam kalangan keluarga kedua-dua pengantin, termasuk para tetamu.
Foto: Tribun Medan
Pengantin perempuan juga menangis kerana terkejut.
Acara perkahwinan yang sedang berlangsung terpaksa dihentikan demi keselamatan.
Menerusi satu perkongsian di media sosial, punca pelamin tersebut roboh tidak dinyatakan.
Namun, runtuhan dipercayai berpunca daripada angin kuat di belakang pelamin. -CARI
Sumber: mStar/ Tribun Medan |
|