CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7417|Reply: 12

[Politik] Tak kelakar tak sah, Sanusi masih berhutang!

  [Copy link]
Post time 9-8-2023 11:53 PM | Show all posts |Read mode
Edited by pengecattaik at 10-8-2023 01:19 AM

ALOR SETAR – Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Kedah, Datuk Mahfuz Omar menggesa Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor melunaskan hutang beliau sebanyak RM10,000.


Jelas beliau, Menteri Besar Kedah itu masih berhutang kepadanya dalam bentuk kos guaman ketika kalah kes saman sebelum ini.


“Saya tunggu dia telefon nak belanja mi abu dan saya juga mahu minta hutang RM10,000.


“RM10,000 dia tak bayar lagi, saya hairan dia mengaji (belajar) pandai tetapi dia tidak tahu kira berapa sebenarnya (jumlah keseluruhan) diumumkan Hakim Mahkamah Persekutuan.



“RM10,000 itu kos mahkamah Rayuan yang dimaklumkan peguam saya,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat UMNO, hari ini.


Hadir sama Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mahdzir Khalid.


Mengulas lanjut, calon Pakatan Harapan DUN Alor Mengkudu itu berkata, beliau meminta hutang tersebut dilunaskan segera kerana Sanusi kini berdepan saman RM200 juta oleh taikun Tan Sri Vincent Tan.



“Saya biar lama dan saya harap dia bayar takut saman RM200 juta tak dapat bayar jadi minta dia bayar RM10,000 saya dahulu,” kata Mahfuz.


Pada 9 Oktober 2019, Mahfuz memfailkan saman berdasarkan hantaran dibuat Muhammad Sanusi melalui akaun Facebooknya pada 30 Julai tahun sama mengaitkan beliau dalam isu pemindahan premis judi ke kawasan itu.


Pada 3 April lalu, Muhammad Sanusi gagal dalam rayuan saman fitnah kes itu, selain Mahfuz memohon untuk menaikkan saman terbabit daripada RM50,000 kepada RM120,000 selain perlu membuat permohonan maaf.



Panel hakim sama menolak rayuan Muhammad Sanusi untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 8 November 2021 yang memerintahkannya membayar ganti rugi kepada Mahfuz selepas membenarkan saman fitnah Mahfuz. – MalaysiaGazette





Single Polls, Total 22 Users voted

Poll is finished

4.55% (1)
54.55% (12)
4.55% (1)
36.36% (8)
Your User group have no permission to vote

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2023 01:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Memang betul kita kena lantik ulama sebagai pemimpin kita

Tapi benar ke pemimpin2 PAS ni ulamak? Takkan la pewaris nabi haprak sangat macam tu kot? Takkan la ulamak memfitnah, cakap main lepas, gurau tak kena tempat kot?

Memang kena sokong ulama, tapi sanusi bukan ulama
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2023 07:58 AM From the mobile phone | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2023 08:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg hutang sanusi. Knp baddrol plk yg kne byr.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2023 09:33 AM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 9-8-2023 05:42 PM

Betul ke ini?





Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2023 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 10-8-2023 09:33 AM
Betul ke ini?

Tk tahu la mcm mana kalau pas memerintah malaysia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-8-2023 12:25 PM | Show all posts
caprut replied at 10-8-2023 10:58 AM
Tk tahu la mcm mana kalau pas memerintah malaysia

Kan dah pernah...lepas sendiri anak tirikan Kelantan masa berkuasa.  Kalau derang berpeluk tubuh tak buat apa, siapa derang nak salahkan pula nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2023 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 10-8-2023 12:25 PM
Kan dah pernah...lepas sendiri anak tirikan Kelantan masa berkuasa.  Kalau derang berpeluk tubuh ...

Sebab tu tanak jdi PM katanya tak gila kuasa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2023 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 10-8-2023 09:33 AM
Betul ke ini?

kan org dah dedahkn yg mintak derma tu org pandap. da bgmbaq dgn cak uban. dlm fb ada didedahkn
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2023 06:15 PM | Show all posts
bagus la. dia yang berhutang orang lain yang buka tabung nak tolong bayor. sapa sumbang memang kaya, trade AMarkets ke?
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2023 09:53 AM | Show all posts

yang lancar tabung ni geng PHBN. Dah kena saman pun.

Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2023 09:54 AM | Show all posts
allowance masyuk lagi ye TT? Satu artikel dpt brapa?
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2023 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Penyokong sanusi tolong habaq kat dia.. dalam islam hutang wajib bayar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2024 11:57 AM GMT+8 , Processed in 1.400859 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list