|
Seorang lelaki bertindak mengikat kaki dan tangan anak lelakinya yang berusia 10 tahun sebelum memukulnya tanpa belas kasihan gara-gara ponteng sekolah.
Kejadian dilaporkan berlaku di sebuah perkampungan di Uttar Pradesh, India pada 3 Ogos lalu.
Menerusi video yang tular di media sosial, lelaki yang dikenali sebagai Prajapati dilihat memukul anak lelakinya dengan sebatang kayu sehingga patah, sebelum menyambung 'hukuman' dengan sebatang buluh.
Foto: India Today
Anak lelakinya yang terbaring di tanah pula menangis sambil merayu-rayu supaya tidak terus dipukul.
Susulan kejadian tersebut, pihak polis yang bertindak selepas penularan video berkenaan kemudian menahan Prajapati.
Jurucakap polis berkata, anak lelakinya dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan keadaannya dilaporkan stabil.
Dia menambah siasatan lanjut mengenai kes itu sedang dijalankan. -CARI
Sumber: mStar/India Today |
|