View: 3679|Reply: 27
|
10 Tahun Tak Datang Jenguk- Wanita Berang Kondo Di Negeri Sembilan Sesuka Hati Dijadikan Stor Oleh Pihak Pengurusan, Busuk Penuh Barang
[Copy link]
|
|
10 tahun tak jenguk dan dibiarkan kosong, seorang wanita terkejut menyaksikan keadaan rumah miliknya.
Seluruh kediamannya dipenuhi dengan pelbagai perabot dan beberapa set TV lama termasuk berpuluh tilam serta papan katil.
'Macam tauke kedai perabot', begitulah yang dirasakan pemilik kediaman jenis kondominium yang terletak di Negeri Sembilan ini.
Farah (bukan nama sebenar) berkata, dia sudah tidak menjejakkan kaki ke rumah itu selama lebih 10 tahun.
Wanita berusia 40an itu memberitahu, rumah itu dibelinya tanpa pernah dihuni kerana mahu menjadikannya sebagai sebahagian daripada asetnya.
“Rumah tu dah nak habis bayar, saya nak buat full settlement. Jadi, saya datanglah jenguk ke rumah tu minggu lalu. Rumah saya di aras bawah.
“Dari luar tingkap, saya nampak ada barang-barang di dalam rumah. Saya terkejut sebab rumah memang kosong dari mula dibeli. Saya salah rumah ke?” katanya kepada mStar.
Farah kemudian memaklumkan perkara itu kepada pihak pengurusan kondominium dan penjelasan yang diberikan amat mengejutkannya.
“Pihak pengurusan beritahu mereka tumpang barang kat rumah saya, tapi tak minta izin pun. Alasannya tak masuk akal, mereka kata rumah saya dipecah masuk sebelum ini.
“Kondominium dalam kawasan berpagar dan ada sekuriti, jadi macam mana boleh ada kes pecah masuk? Maksudnya sekuriti tak ketatlah?” soalnya.
Dia yang menetap di Kuala Lumpur mengakui sukar untuk masuk ke bahagian dalam kediaman tiga biliknya itu kerana dipenuhi dengan barang.
“Saya beristighfar sebaik masuk ke dalam rumah. Dinding dan lantai kotor, berada di dalam rumah buat saya sesak nafas.
“Bau yang sangat tidak menyenangkan. Tak boleh masuk ke bilik, ruang makan dan dapur sebab penuh dengan barang.
“Macam tak percaya rumah saya selama ini dijadikan stor menyimpan barang-barang. Nasib baik saya tak kena serangan jantung tengok rumah sendiri diceroboh masuk oleh pengurusan kondominium,” ujarnya.
Selain menggunakan rumahnya sebagai stor tanpa keizinan, Farah turut kesal kediamannya itu tidak dijaga kebersihannya dengan baik.
“Tolonglah jangan bagi alasan ‘sebab puan dah lama tak balik’. Kalau saya tak balik ke rumah selama 20 tahun sekali pun, mereka tak ada hak masuk ke rumah tanpa izin.
“Pihak pengurusan hanya ada hak sehingga perkarangan rumah sahaja. Dari dalam rumah itu adalah hak saya sebagai pemilik. Mereka menceroboh masuk,” katanya lagi.
Kesal dengan kejadian itu, Farah kini dalam rundingan bersama pihak pengurusan kondominium untuk mengeluarkan semua barang dan membaik pulih kediamannya.
“Saya sedang mendapatkan khidmat nasihat peguam untuk melakukan tindakan seterusnya. Apa saja janji mereka perlu ada kertas hitam putih, ini termasuk surat permohonan maaf.
“Saya berkongsi video mengenai keadaan rumah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai hak kita sebagai pemilik rumah.
“Pihak pengurusan juga perlu amanah. Tak kisahlah rumah saya terbiar, ia tetap rumah saya. Lainlah rumah saya kena sita. Bayangkan, pihak pengurusan pun boleh buat hal,” katanya.-CARI
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Betul, memang salah management. Management tak boleh masuk unit orang sesuka hati walaupun unit tu kosong. Kena minta permission owner dulu. |
|
|
|
|
|
|
|
hahahahaha boleh pulak mcm tu ekkk.... unit tu kosong tuan tak datang.. suka suki jer pengurusan guna buat store... tu pun sib baik pengurusan tak sewakan buat homestay buat duit tepi.... |
|
|
|
|
|
|
|
gila la... suka hati masuk rumah orang macam tu..
sila saman habis-habisan..
tapi make sure maintenan fee takde tertunggak la |
|
|
|
|
|
|
|
selain ganti rugi, minta management tu buat pembersihan rumah tu secara total! |
|
|
|
|
|
|
|
management fee bayar ke tak? |
|
|
|
|
|
|
|
saman la.. moga2 dapat unit tu free
ada uke mgmt
tapikannn tak jenguk 10 year.. hawat nyaa acik uiii.. kut meols, mmg akan jenguk la setahun sekali , mana taw naik anai2 ka.. semut bersarang ka.. kucing tikuih beranak kaaa |
|
|
|
|
|
|
|
1o tahun xdtg konfem la bil maintainance tertunggak
so kira 0-0 la bil tertunggak kira settle offset dgn tumpang sewa
manggis runtuh
|
|
|
|
|
|
|
|
Mcm dok obercee pulak 10 tahun tak jenguk property |
|
|
|
|
|
|
|
klu kosong lama2 nanti jin hantu setan duduk buat tempat melepak.... |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau kes cmni kan. Boleh tuntut apa2? |
|
|
|
|
|
|
|
Management fee tak bayar pun tetap jua management opis takleh ceroboh dan guna rumah dia sesuka hati. Tapi kalau tak bayar menang duit saman habis buat bayar hutang fee je lah .. win win |
|
|
|
|
|
|
|
10 thn x dtg jenguk, rasanya yuran mc x bayar nih kira offset duit yuran la tu |
|
|
|
|
|
|
|
Okey la dapat free gift lepas beli unit kondo tu. |
|
|
|
|
|
|
|
eh suka hati dia je eh? mintak sewa tertunggak sepajang dia letak barang situ. Kemain ingat free? Dahla kotor jadi rumah tu. |
|
|
|
|
|
|
|
mesti dia bayar kot...sebab selalunya kalau management fees tak bayar/tertunggak lama, mmg takleh masuk rumah.
|
|
|
|
|
|
|
|
dh macam style komunis management tuh. saman jer !! |
|
|
|
|
|
|
|
kak tuntut kak apa ptt... saman ke.. sbb menceroboh. wah sedap2 je park brg2 rmh org.
x patut btl. xde common sense ke ..
rmh xde org ddk ka..rmh x bertunggu ka..apa hak depa nk msk rmh akak.
saman kak.ehhhh i lak marah dgr nye |
|
|
|
|
|
|
|
tak datang jenguk tak bermakna tak bayar management fees ye.
regardless la umah kosong dah berapa lama, bukan hak MO nak masuk umah org sesuka hati. Harap akak tu saman & menang kes. |
|
|
|
|
|
|
| |
|