CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1763|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Bekas eksekutif bank tak mengaku ubah suai had kad kredit

[Copy link]
Post time 15-8-2023 02:02 PM | Show all posts |Read mode

ABAS dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan mengubahsuai had kad kredit miliknya. FOTO Saifullizan Tamadi.

Kuala Lumpur: Seorang bekas eksekutif khidmat pengesahan sebuah bank tempatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mengubahsuai had kad kredit peribadinya, tahun lalu.

Tertuduh, Abas Sulaiman, 44, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca jurubahasa di hadapan Hakim Priscilla Hemamalini Nadarajan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan niat melakukan capaian kepada sistem Kenaikan Had Kredit Kekal atau 'Permanent Increase Credit Limit' (PICL) dan menyebabkan pengubahsuaian tanpa kuasa terhadap sistem itu.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah bank di Jalan Tun Perak, di sini antara 25 April 2022 sehingga 24 Jun tahun ini.

Oleh itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 5(1) Akta Jenayah Komputer 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 5(4) akta yang sama yang boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara tidak lebih tujuh tahun atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Nurilya Ellyna Nor Azmal menawarkan jaminan sebanyak RM30,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, peguam Md Radzi Mustafa yang mewakili tertuduh memohon jaminan minimum dikenakan ke atas tertuduh memandangkan anak guamnya itu kini sudah tidak bekerja dan tiada punca pendapatan selain menanggung isteri dan empat lagi anak.

Hakim Priscilla kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah kemudian menetapkan 29 Ogos ini bagi sebutan semula dan serahan dokumen.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... suai-had-kad-kredit
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 09:48 PM GMT+8 , Processed in 0.049843 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list