CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1365|Reply: 0

[Selangor] Mayat dalam guni: Polis cari Tambi Chan

[Copy link]
Post time 16-8-2023 09:44 AM | Show all posts |Read mode

TAMBI Chan atau S Dorairaj FOTO IHSAN PDRM

Serdang: Polis sedang mengesan seorang lelaki yang dipercayai terbabit dengan kes kematian kerani kewangan yang mayatnya ditemui disumbat di dalam guni plastik di sebuah premis stor buruk di Taman Bukit Serdang, di sini, pada 4 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, pihaknya sedang mengesan S Dorairaj yang dikenali sebagai Tambi Chai berusia 43 tahun.

"Alamat terakhir lelaki itu adalah di No 03-11 Pangsapuri Ruselia, Taman Pinggiran Putra, Seri Kembangan, Selangor.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Asisten Superintendan Rozairybin Ab Othman di talian 011-11228545," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan beberapa kesan pukulan objek tumpul di seluruh badan menjadi punca kematian kerani kewangan berkenaan.

Susulan itu, polis menahan 13 individu termasuk tiga wanita di sekitar Lembah Klang pada 5 Ogos lalu bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh lelaki warga India berusia 41 tahun itu yang bekerja di syarikat besi buruk berkenaan.

Anbalagan dipetik berkata, bagaimanapun, tiga suspek wanita yang juga ahli keluarga majikan mangsa dibebaskan semalam selepas keterangan mereka dirakam.

Katanya, 10 lagi suspek adalah majikan yang juga suspek utama serta ahli keluarganya selain rakan mangsa iaitu pekerja majikan berusia lingkungan 20-an hingga 58 tahun.

Tiga daripada 10 suspek lelaki berkenaan akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya, esok.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... lis-cari-tambi-chan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 10:08 PM GMT+8 , Processed in 0.273710 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list