View: 1394|Reply: 0
|
[Wilayah Persekutuan]
Kes kematian di kondominium, polis panggil 9 saksi
[Copy link]
|
|
LAPORAN Harian Metro sebelum ini
Petaling Jaya: Sembilan saksi dipanggil bagi menjawab persoalan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan kurus kering di sebuah unit kondominium disewa mangsa di sekitar Kota Damansara, di sini, 23 Julai lalu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, siasatan menyeluruh dijalankan termasuk dakwaan keluarga mangsa dikurung pemilik rumah berkenaan sehingga mati kebuluran.
"Kita dah rakam keterangan keluarga dia, jiran-jiran dan tuan rumah dan kita sedang lengkapkan kertas siasatan dan akan rujuk kepada timbalan pendakwa raya dalam masa terdekat," katanya kepada Harian Metro.
Ditanya mengenai dakwaan bahawa mangsa dikurung sehingga mati kebuluran, Mohamad Fakhrudin berkata siasatan awal mendapati hanya jeriji besi yang dikunci dari bahagian luar dan pintu utama boleh dibuka.
Bagaimanapun katanya, mangsa tidak menjerit meminta tolong atau menghubungi keluarganya untuk menghantar bantuan malah jiran-jiran juga tidak memaklumkan sebarang kejadian mencurigakan kepada pihak polis sebelum penemuan mayatnya.
"Hanya jeriji yang berkunci tetapi pintu utama boleh dibuka, namun mangsa tidak menjerit meminta tolong.
"Siasatan awal dapati tiada unsur jenayah, bagaimanapun kita akan minta jalankan inkues selepas siasatan dilengkapkan," katanya.
Semalam Harian Metro melaporkan, ibu mangsa, Ang Seok Choo,73 menuntut siasatan terperinci dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian anaknya yang berusia 48 tahun itu.
Dia mendakwa kematian mangsa berpunca daripada tindakan pemilik rumah berkenaan yang mengunci jeriji di kediaman terbabit susulan kegagalan anaknya membayar sewa tertunggak berjumlah RM5,000.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... lis-panggil-9-saksi |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|