View: 927|Reply: 0
|
[Selangor]
12 motosikal ditunggang warga asing disita
[Copy link]
|
|
BAHAGIAN Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Ampang Jaya menjalankan Operasi Motosikal di Jalan Bunga Raya, Pandan Indah. FOTO ihsan polis
Ampang Jaya: Sebanyak 27 motosikal disita dalam Operasi Motosikal di Jalan Bunga Raya, Pandan Indah, di sini, semalam, kerana mengubah suai ekzos dan menunggang tanpa lesen.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, operasi dijalankan bermula jam 7.30 pagi hingga 9.30 pagi oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.
Menurutnya, operasi bertujuan mengesan dan mengambil tindakan terhadap pengguna jalan raya yang tidak mematuhi peraturan lalu-lintas terutamanya pengguna motosikal.
"Ini berikutan statistik kemalangan menunjukkan peningkatan yang tinggi dalam kalangan pengguna kenderaan ringan seperti motosikal.
"Hasil daripada operasi dijalankan, sebanyak 27 motosikal ditahan dan dibawa balik ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Ampang Jaya untuk proses dokumentasi dan memanggil pemilik.
"Kesemua kenderaan terbabit disita mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 6(4) akta yang sama," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Azam berkata, 12 motosikal yang disita dibawa oleh warga asing yang menunggang motosikal tanpa lesen dan selebihnya kerana ubah suai ekzos.
"Dalam operasi itu, sebanyak 61 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan antaranya tiada lesen memandu yang sah, kesalahan nombor pendaftaran, ubah suai struktur kenderaan seperti ekzos, tidak patuh pada tunjuk arah, brek tidak berfungsi dengan baik dan kesalahan lain.
"Semua pengguna jalan raya terutamanya penunggang motosikal dinasihatkan tidak melakukan sebarang pengubahsuaian pada mana-mana struktur asal kenderaan yang boleh menjadi punca kepada berlakunya kemalangan serta gangguan kepada ketenteraman awam," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -warga-asing-disita |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|