View: 771|Reply: 0
|
[Melaka]
Pecah pintu kaca stesen minyak guna tukul sebelum curi
[Copy link]
|
|
GAMBAR hiasan
Melaka: Seorang lelaki disyaki terbabit sekurang-kurangnya 20 jenayah pecah masuk stesen minyak dan curi di tiga negeri membabitkan kerugian kira-kira RM50,000 diberkas polis Selasa lalu di Kuala Lumpur.
Suspek dicekup hasil risikan dan siasatan dilakukan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah susulan tiga laporan dibuat pengusaha stesen pam minyak berkaitan jenayah itu sejak Mei lalu.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, pengusaha stesen pam minyak terbabit memaklumkan premis mereka dipecah masuk suspek hingga mengakibatkan kerugian bukan saja wang tunai malah kerosakan pintu kaca yang dipecahkan.
"Hasil siasatan kita mengenal pasti modus operandi suspek berusia 32 tahun itu adalah menggunakan alatan seperti tukul besi untuk memecahkan kaca premis untuk masuk dan mencuri harta benda.
"Berikutan kejadian ini, risikan maklumat dibuat dan kita berjaya membuat tangkapan ke atas seorang lelaki di Kuala lumpur pada 15 Ogos lalu serta merampas sebuah kereta dan pakaian digunakannya semasa kejadian," katanya dalam kenyataan hari ini.
Christopher berkata, susulan penangkapan suspek, polis percaya berjaya menyelesaikan 20 kes pecah stesen pam minyak membabitkan kontinjen Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.
"Suspek yang bekerja sebagai penghantar barang jualan atas talian turut positif dadah jenis syabu semasa ujian air kencing dibuat selain semakan mendapati dia mempunyai rekod lampau jenayah kes kes samun dan dadah.
"Dia direman tujuh bermula 16 hingga 22 Ogos ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
"Jika disabitkan dengan kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan bolehlah juga dikenakan denda atau sebat," katanya.
Beliau berkata, pihaknya memohon kerjasama orang ramai menyalurkan maklumat apa-apa kejadian jenayah sekali gus bersama menurunkan indeks jenayah di negeri ini.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -tukul-sebelum-curi |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|